Wednesday, July 28, 2010

Rindu Blogging

Lama betul tak post latest news kat blog ni.. really busy lately. Macam2 dah berlaku sepanjang bulan ni. yang terbaru abah sakit n dah operate pon semalam. semoga abah cepat sembuh.

umah kami kat kuantan dah pon siap sepenuhnya n dah ade penyewa..alhamdulillah sejak kami letak iklan kat mudah, banyak call yang masuk bertanyakan rumah kami.. tak sampai seminggu kami dah pon dapat penyewa untuk rumah kami tu.

hujung minggu ni hubby suh balik kuantan..coz abah masih kat hospital. kalau ikutkan plan mgg ni nak ke umah na coz dia ade nak buat mkn2.. nampaknya kena la cancel.

bulan puasa dah nak tiba ni, ade 2 ari lagi puasa kene ganti..hope still sempat..last minit keje gitu la.

Thursday, May 27, 2010

MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST


jom sama-sama kita memeriahkan contest ini bersempena hari ibu bapa.... hadiahnya amat menarik.

CONTEST RUNS now till 11th June 2010

http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/05/mobs-parent-child-look-alike-contest.html

Here's the SIMPLE steps (FOR BLOGGERS)...
1. Find your BEST LOOK-ALIKE photo (must include one parent and one child)
2. Blog about it with the title "MOBS PARENTS LOOK A-LIKE CONTEST" (other title will be disqualified)
3. Mention about the contest in your blog with links back to this contest page.
4. Add our contest banner on your blog's sidebar/top page
5. Be MOBS follower on blogspot, tweeter and/or Facebook (either one or all)
6. Leave a comment HERE with
PARENT NAME
KIDS'S NAME and AGE :
Tell us about the pics....
Your blog link + email address (no email will be disqualified)


For more DETAIL info about this contest just klik this url
http://malaysianonlinebabyshops.blogspot.com/2010/05/mobs-parent-child-look-alike-contest.html


- - - - here goes to the PICTURE - - - -

~ iman wif ayah ~

Dad's name: Salahuddin Bin Mohamed
Mum's name: Norasiah Binti Mahmood
Kid's name: Mohammad Iman Safwan Bin Salahuddin (1 year 3 month)

about this picture..

this nice picture was captured in a car when we're at tasik shah alam.. its really nice and everybody said that my son is exactly like my hubby..just like father like son..copy n paste. Just look at his eye, nose, mouth..everything like his father except his skin color... he is our love n joy..

~ love you always.. iman ~

Tuesday, May 11, 2010

Monday, May 10, 2010

Frustrated


Huhu..mama baru je excited bagitau ayah yang mama lewat period dah seminggu pada jumaat ari tu.. hope we will have second baby soon.. tapi tut..tut pagi sabtu mama dah period...:( sangat rasa kecewa.. walau bagimanapon kami tak putus asa..mgkn belum rezeki utk anak kedua.

hujung mgg lepas padat ngan aktiviti berjalan.. pagi sabtu g mines, shopping sluar slack utk mama sbb dah lama tak beli sluar baru. igt nak beli kasut sekali tapi kasut yg disukai tiada saiz pulak.. n then ayah ajak g tesco taman midah..katanya ade ekspo handphone. tak banyak pon gerai n handphone yang dijual bukan la yang best..biasa je so kitorang blah je..balik umah n rest.

pgi ahad, g pasar pagi..teringin sangat nak makan putu mayam..pastu breakfast kat warung pekene nasi lemak je. igtkan nak rest kat umah je ari ni tapi ayah offer g shopping kasut mama..so mama ape lagi cadangkan g midvalley la sbb ade ekspo mamy n baby kat sana. hmm ramai tul org kat sana..cari punya cari kasut..last jumpa gak kat jusco..nasib baik ade saiz..dapat la kasut primavera sepasang..thanks ayah.. pastu g ekspo baby lak..macam2 barangan baby ade kat sana..contest pon ade.. but so many people..last2 we just beli pampers je utk iman n then balik umah sbb iman pon dah tdo.. letih ayah dukung dia..

Editing lagi




Wednesday, May 5, 2010

Gambar utk diframe


Ni la gambar iman yg akan diframekan..dah lama mama plan nak buat ni tapi baru sekarang berkesempatan

edited


just nak tenangkan minda...so inilah hasilnya

Thursday, April 15, 2010

Musim Demam


Selasa, terpaksa aku ambik cuti lagi..iman demam panas..kesian pulak nak tgglkan kat pengasuh.. Malam sebelumnya bawak g klinik, temp 39 C, doktor masukkan ubat kat bontot sbb agak panas badannya..risau terkene kekejangan... Sepanjang malam pulak iman tak boleh tdo..every hour dia mesti bangun n yang pastinya mama pon kene la bangun utk tdokan dia balik...so tired..badan dia pon still panas n mama kene sentiasa tuam ngan tuala basah.

Pagi2 iman dah merengek..kadang2 taknak duduk..nak dukung aje.. lepas mandi, bagi dia makan biskut...n ubat...tu pon susah nak pujuk dia makan ubat..kene tipu2 tapi skrg dia dah makin cerdik dah..dia tau mama letak ubat dalam susu..dia tak nak minum susu...hahaha..tau aje dia. so mama campur dalam air masak..nasib baik nak minum..nak bagi makan ubat pon macam2 teknik kene ada... sepanjang hari mama sentiasa pastikan iman banyak minum air masak..n alhamdulillah panas badan dia menurun..

huhu...baru mama tau erti sebenar pengorbanan ibu..kalau kita tak merasainya sendiri..kita xkan tau susah payah seorang ibu besarkan anak..hope mama akan sentiasa tabah dalam menghadapi ujian daripadaNya..

Tuesday, April 6, 2010

Bengkel lagi


Kali ni aku dimasukkan ke dalam projek SETARA n bengkel diadakan di Pullman Hotel Putrajaya. Tak ramai yang involved dalam projek ni..n macam biasa, boleh bawak family sekali. hotel ni rasanya baru lagi...so far not bad..bilik pon ok jer...menarik gak.. tapi jadual bengkel sangat padat..so my hubby la yang kene jaga iman hujung mgg ni..pandai2 la dia uruskan si iman safwan yang lasak tu..kui..kui2x

jom layan gambar2 kami sepanjang di sana...dalam sibuk2 pon sempat gak berposing..tu pon sebelum balik umah...huhu

our room

pemandangan bangunan di sana, kalau tak silap ade 4 jenis design bangunan mengikut ciri2 tertentu

iman seronok lari sana sini

bab panjat2 tangga lagi la dia suka

pemandangan dari pullman




di beranda bilik hotel




nak balik dah

singgah di jambatan sekejap utk bergambar

walaupon busy ngan aktiviti bengkel tapi seronok gak la dapat kenal tempat baru...tapi penat la sebab esoknya keje...

Wednesday, March 24, 2010

Jalan-jalan di Bukit Cahaya Sri Alam


Hujung minggu...saje2 g jalan2 ke shah alam...dulu dah pegi tempat ni tapi tak sempat jalan sbb dah petang sgt..nak tutup dah




igtkan musim sejuk...musim bunga rupanya...hmm xpe la..lain kali datang musim sejuk..







singgah taman haiwan jap


iman menjerit seronok bila disuruh pegang kuda tu.

Wednesday, March 17, 2010

Aku


Berakhirnya bulan mac ni genapla 5 bulan aku menjadi warga fakulti kejuruteraan...n then bulan depan tamatla kontrak sambilan aku di sini.. aku diberitahu yg aku akan diletakkan dibawah upm holding bermula april ni..maknanya bulan depan..tapi black n white aku belum dapat lagi..alhamdulillah.

sekarang aku tengah sibuk menyiapkan sistem dalam 2 bahasa..terlalu banyak page yang perlu diedit hingga kadang2 aku rasa penat sesangat...kekadang rasa malas sgt nak teruskan semua ni..tapi ini la sumber rezeki aku..skill yang aku ade. hendak atau tidak aku terpaksa bertahan hinggalah aku jumpa kerja yang paling sesuai untuk aku. rasanya seperti aku tidak larat utk terus buat koding ni.

tapi alhamdulillah sepanjang berada di sini banyak yg aku pelajari walaupon terpaksa sendirian..internet adalah sumber ilmu aku yang penting sekarang..banyak membantu dari segi membuat koding...tapi iyelah..sampai bila aku ingin berada di takuk ini..membuat koding sepanjang hayat...uhhh tak mungkin rasanya.

aku teringat satu ayat '
'Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.'

apabila aku membaca ayat di atas aku mula redha ngan ape yang telah ditentukan buatku. mungkin inilah jalan aku atau aku belum lagi dipertemukan jalan yang aku inginkan...sabar..itulah yang penting.. aku akan terus berusaha mendapatkan impian aku.

Monday, March 8, 2010

Iman Safwan One Years Old


Dah genap setahun pon iman n dah macam2 kaletah dia yang ditunjukkan..
  • dah boleh berlari walaupon still tak stabil
  • sume makanan nak makan dengan sendiri walaupon nasi..last2 nasi ke mana pinggan ke mana...bkn makan pon ..just buat selerak..huhu
  • dah tak nak minum air masak guna botol susu..nak guna cawan jer... kalau bagi air dalam botol..jgn harapla nak minum..kalau guna cawan atau gelas, laju jer..
  • gigi sudah 6 batang..still suka gigit mama
  • start minum susu baru...anmum assential..
  • bercakap lom lagi tapi ade la perkembangan skit..cam nak sebut ayah..dah boleh skit2..





Friday, March 5, 2010

Balik pekan

Lepas bercuti di cameron, kami balik pekan jap..nak tgk umah n anak buah baru..anak adik ipar. lagipon atuk n nenek yg di sana pon dah tak sabar nak jupe iman..



our family - iman n baby tdo

our house dah siap dah - tinggal nak pasang grill pastu nak sewakan..

umah ni di indera semporna..kuantan

Cuti-cuti Malaysia

Sebenarnya ni sepatutnya entry time CNY ari tu tapi disebabkan kesibukan..tak sempat nak update blog.

destinasi percutian kami adalah cameron highland..2 days 1 night..ini pon last minit punya planning.. planning awal nak iku adik balik kg di klate..n then pastu tetiba hubby dah abis ops so dia ajak g cameron..so far seronok g sana.. jom layan gambar kami di sana..

baru sampai di cameron..bertolak kul 11..kul 6 baru sampai..loteh deh..jemm teruk..org sume balik kg sempena CNY

our room..just sewa hotel murah je..kowloon hotel..cikai2 pon kene gak rm145..huhu..mahalnya..

pepagi lagi dah start jalan dah..kuar bilik kul 8.30 am tu..singgah kat museum..tgk2 jer





pastu g cactus park..byk giler cactus..besar,kecik sume ade

iman sempat lagi layan angsa ni..


pastu layan kete lak..

ngamuk ngan ayah..nak jalan sendiri la pulak

org syok jalan2..iman tdo la pulak..letih la tu


tdo lagi..dah sampai kilang teh dah



penatnya jalan turun dari kilang teh ni...masa naik td nasib baik bas tumpangkan..turun ni kenela menapak

bees farm

strawberry park




sempat singgah air terjun sebelum balik..
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....