Thursday, April 15, 2010

Musim Demam


Selasa, terpaksa aku ambik cuti lagi..iman demam panas..kesian pulak nak tgglkan kat pengasuh.. Malam sebelumnya bawak g klinik, temp 39 C, doktor masukkan ubat kat bontot sbb agak panas badannya..risau terkene kekejangan... Sepanjang malam pulak iman tak boleh tdo..every hour dia mesti bangun n yang pastinya mama pon kene la bangun utk tdokan dia balik...so tired..badan dia pon still panas n mama kene sentiasa tuam ngan tuala basah.

Pagi2 iman dah merengek..kadang2 taknak duduk..nak dukung aje.. lepas mandi, bagi dia makan biskut...n ubat...tu pon susah nak pujuk dia makan ubat..kene tipu2 tapi skrg dia dah makin cerdik dah..dia tau mama letak ubat dalam susu..dia tak nak minum susu...hahaha..tau aje dia. so mama campur dalam air masak..nasib baik nak minum..nak bagi makan ubat pon macam2 teknik kene ada... sepanjang hari mama sentiasa pastikan iman banyak minum air masak..n alhamdulillah panas badan dia menurun..

huhu...baru mama tau erti sebenar pengorbanan ibu..kalau kita tak merasainya sendiri..kita xkan tau susah payah seorang ibu besarkan anak..hope mama akan sentiasa tabah dalam menghadapi ujian daripadaNya..

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....