Showing posts with label info hamil. Show all posts
Showing posts with label info hamil. Show all posts

Friday, September 17, 2010

Amalan Memperolehi Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.

Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

AMALAN KETIGA

1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

2. Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

AMALAN KEEMPAT

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.

Sumber:

http://ratuhati.com/index.php/index.php?option=com_content&view=article&id=606-amalan-memperolehi-zuriat&catid=91&Itemid=180&joscclean=1&comment_id=2830

Friday, August 13, 2010

Mengira waktu subur

Hmm tetiba je topik ni masuk pada bulan ramadhan. Sebenarnya hati terdetik sayu bila melihat rakan2 dan jiran yang sedang mengandung. Aku gembira melihat mereka tetapi dalam masa yang sama aku sering bertanya Bilakah aku akan mengandung lagi? Teringat lagi betapa indahnya saat mengandungkan iman safwan dulu..tak sabar untuk mengulangi saat itu lagi tapi Allah yang menentukan segalanya. Rezeki dan ajal semuanya adalah ketentuan olehNya. Walau apapon aku bersyukur sbb telah dikurniakan seorang cahaya mata, pengubat segala duka dan lara..iman safwan

Aku akui sebenarnya skrg bkn la masa yg tepat untuk tambah anak memandangkan aku dan abg tggl berjauhan.. Mgkn akan lebih membebankan aku. Tapi semua ni langsung tak membuatkan aku risau, walau jauh mana abg berada, aku yakin Allah akan bantu aku harungi hidup ni walaupon susah..sbb itu la aku inginkan anak lagi..anak adalah rezeki yang tidak bernilai..

Tadi sempat berbual ngan k'ma kat laman facebook. dalam dok berbual tu ade la topik ttg pengiraan waktu subur supaya senang nak dapatkan anak. Mmg aku sll jugak buat pengiraan dengan mengagak hari2 subur. so untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas, aku google kat internet untuk mendapatkan ilmu dan terjumpa blog ini yang sangat berguna untuk kita mengira waktu subur kita.

Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya. Contoh kitaran haid 28hari so 28-14, jadi hari subur adalah pada hari ke 14. Semuanya bergantung kepada kitaran haid masing2. agak mudah kiraan bagi kitaran haid yang teratur. apapon semua atas rezeki Allah. Kita hanya berusaha. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih detail ttg pengiraan waktu subur, boleh la baca di laman ini:

http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html?commentPage=2

thanks kepada owner blog kerana memberi maklumat yang sangat berguna.
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....