Tuesday, February 3, 2009

My First Baby

Gambar2 iman yang comel ni diambil ketika dia berumur 3 hari hingga 2 bulan. Banyak yang perlu dipelajari sepanjang menjaga dia. Tapi alhamdulillah..dia tak banyak ragam..mmg anak yang baik..senang nak uruskan dia. Semoga Allah sentiasa melindungi dia dan memberikan kebahagiaan didunia dan akhirat buat dirinya.... Mama sentiasa sayangkan iman...Harap2 iman membesar menjadi anak yang taat, beriman dan pintar...Aminn
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....