Showing posts with label diari iman. Show all posts
Showing posts with label diari iman. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Iman Safwan One Years Old


Dah genap setahun pon iman n dah macam2 kaletah dia yang ditunjukkan..
  • dah boleh berlari walaupon still tak stabil
  • sume makanan nak makan dengan sendiri walaupon nasi..last2 nasi ke mana pinggan ke mana...bkn makan pon ..just buat selerak..huhu
  • dah tak nak minum air masak guna botol susu..nak guna cawan jer... kalau bagi air dalam botol..jgn harapla nak minum..kalau guna cawan atau gelas, laju jer..
  • gigi sudah 6 batang..still suka gigit mama
  • start minum susu baru...anmum assential..
  • bercakap lom lagi tapi ade la perkembangan skit..cam nak sebut ayah..dah boleh skit2..





Monday, February 1, 2010

Rollout iman 11 month

Last 11 month years old...
  • berjalan dengan lebih stabil, sangat seronok jika dibawa ke shopping mall..nak jalan sdr tanpa dipegang tangan.
  • jumlah gigi - 5 batang , 4 atas 1 bawah
  • mama dah start bagi makan nasi biasa coz dia dah pandai kunyah makanan.
  • dah pandai makan biskut baby sendiri.
  • selalu buli mama jer..gigit mama la..baring atas mama la..
  • dah pandai ajuk..jika mama pura2 nangis..
  • pandai ketuk2 pintu dah...kalu mama dok dalam bilik air, sibuk dia ketuk2 pintu.

Thursday, December 31, 2009

rollout 10 month years old


banyak gak perkembangan iman sewaktu berumur 10 bulan dapat dilihat..lets check it out
  • iman tumbuh 2 batang gigi lagi, satu bawah n satu atas dan menjadikan 3 batang gigi atas dan 1 je kat bawah.
  • iman dah pandai jalan dan sangat aktif berjalan.
  • iman dah pandai main kete mainan dia - siap berdiri lagi but very danger to him.
  • iman dah pandai merajuk, kalau marah atau tak bagi ape yg dia nak..siap guling lagi.
  • dah mula paham jika mama cakap jangan..dia akan stop n diam

Monday, December 7, 2009

Rollout iman 9 month

  • iman dah pandai main tepuk amai-amai
  • dah pandai bye-bye bila mama nak tinggalkan
  • dah pandai sebut 'abah' walaupon itu bukanla panggilan untuk ayah dia..mana dia blaja panggil abah pon tak tau
  • suka dok ngomel2 time main2 sorang2..ape yg dicakap..mmg mama tak paham
  • dah mula tumbuh 2 batang gigi atas
  • suka sangat nak gigit kaki orang, tak dapat kaki mama, kaki ayah pon dia nak gigit gak.
  • pantang tengok ayah bukak laptop, pasti dia dulu yang tercongok depan laptop..abis la laptop tu dia kerjakan

Sunday, November 1, 2009

Roll out iman 8 bulan

  • iman dah boleh duduk dengan tegap...
  • berat semasa 7.9 kg
  • batuk dan selsema agak lama...cian iman
  • dah boleh panjat katil sendiri...dia hepi sangat bila dapat panjat katil..siap gelak2 lagi
  • suka sangat 'kemaskan' barang kat dapur n rak...abis semua dibuat main..takpun dibaling2..

Thursday, October 1, 2009

7 Bulan

  • iman dah pandai merangkak
  • sangat aktif bergerak ke sana ke mari sehingga berpeluh-peluh
  • dah pandai bangun sendiri tapi bergantung pada sofa la
  • dah pandai jalan sendiri ditepi sofa n katil
  • dia cam kurus skit berbanding dulu..mgkn sbb aktif sangat..
  • sakit mata..berjangkit dari cousin dia
  • biasakan dia dengan buah-buahan~especially pisang..dia suka sgt makan
  • sangat suka berguling-guling atas tilam ngan bantal peluk
  • dah pandai nak ikut mama time nak g keje
  • sgt manja hingga tak boleh nak ditinggalkan sorang2...kene teman je dia main

Monday, August 10, 2009

6 Bulan


~ seronok bermain walker ~

~ berlatih untuk merangkak ~

~ belajar untuk bangun/panjat ~

  • Mula makan bubur nasi - baru try wat bubur untuk dia.
  • Semakin pandai menggunakan baby walker - semua tempat dia pegi..dalam tandas pon masuk - sbb tu pintu bilik air dan tandas kene sentiasa ditutup.
  • Mula belajar memanjat bantal yang digunakan sebagai pagar tempat tdo - skrg kene letak dua lapis bantal supaya dia dah leh nak panjat.
  • Dah pandai angkat dada n mula angkat bontot pula
  • Sesekali berjaya duduk seperti hendak merangkak.
  • dah berjaya duduk merangkak tetapi belum pandai melangkah ke depan
  • start panjat kusyen n rak tv.
  • berat semasa 7.5 kg, dada-42, kepala-42 dan panjang 65
  • kene inject untuk hipertitis B

Sunday, August 2, 2009

5 Bulan


~ yum!!yum..gigit mainan ~

~ santai je atas tilam ~
  • Iman mula makan nestum
  • demam sbb kene inject - 2 ari je - lepas bagi makan ubat ok dah
  • berat semasa 7.1 kg
  • dah pandai meniarap dan bergerak ke depan
  • mula blaja duduk dalam walker - belum pandai guna lagi

Thursday, July 2, 2009

4 Bulan

  • iman dah boleh meniarap dengan laju - bila dibaringkan terus meniarap
  • pandai pegang mainan - sume mainan masuk mulut - sume nak digigitnya
  • sudah pandai pegang botol susu sendiri - botol kecik je la - kalu yg besar still tak berapa nak boleh, mgkn berat - tp kadang2 tu malas gak dia nak pegang.
  • blajar untuk membalikkan diri dan seimbangkan kepala.
  • berat semasa 6.5kg
  • kena demam panas 37.5 celcius..doktor cakap still tahap yang tak membahayakan - just kene pantau n bagi ubat demam
  • demam dah ok tapi ruam penuh badan - g jupe doktor sekali lagi, just nak make sure bkn campak...alhamdulillah bkn campak cuma ruam biasa..,mgkn effect daripada demam panas.

Tuesday, June 2, 2009

3 Bulan


~ playing with rocker ~

~ cam ngantuk je tu..nak tdo la tu ~
  • iman mula belajar untuk meniarap

Saturday, May 2, 2009

2 Bulan

~ senyum aje time ambik gambar ~

~ golek2 kat toto - masa ni dah balik kl dah ~
  • suka sangat senyum
  • dah pandai golek2 kan badan

Thursday, April 2, 2009

1 Bulan

~ nyenyaknya tdo anak mama ~

~ sukanye dia - comel ~

~ hmm baru nampak cam anak tentera ~

~ montelnya anak mama ~
  • rambut iman kene cukur pendek - lebat sgt..suh pakteh tolong potong rambut ala2 tentera
  • naik ruam kat muka - mgkn sbb cuaca panas
  • dah pandai tersenyum
  • keputusan ujian darah iman menunjukkan positif - pada keseluruhannya doktor ckp iman tidak ade sebarang masalah, tiada jangkitan kuman pada hatinya malah dia sihat...alhamdulillah syukur sgt2

Monday, March 2, 2009

1Hari - 30 Hari


~ berumur 3 hari ~

~ nangis..kad wad kanak2 di HKB, prepare nak balik umah ~

~ kene tdo atas cahaya lampu, 1 lampu je sbb kuning dah kurang ~
  • balik dari hospital KB dah ade sindrom demam kuning
  • di bawa ke klinik untuk checkup demam kuning - tahap kuning tinggi - ditahan dan dibawa ke hospital KB semula
  • 3 malam di wad kanak - kuning turun skit - dibawa balik umah
  • adakan majlis selawat dan akikah untuk iman
  • demam kuning naik lagi - bawak ke klinik - ditahan di wad kanak2 hospital machang
  • 3 malam di sana - masih kuning - doktor terpaksa ambil darah agak banyak untuk dihantar ke hospital KB bagi memastikan tahap kesihatan iman.
  • 15hb dibenarkan pulang tp masih perlu ke klinik utk checkup demam kuning.
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....