Thursday, April 15, 2010
Musim Demam
Selasa, terpaksa aku ambik cuti lagi..iman demam panas..kesian pulak nak tgglkan kat pengasuh.. Malam sebelumnya bawak g klinik, temp 39 C, doktor masukkan ubat kat bontot sbb agak panas badannya..risau terkene kekejangan... Sepanjang malam pulak iman tak boleh tdo..every hour dia mesti bangun n yang pastinya mama pon kene la bangun utk tdokan dia balik...so tired..badan dia pon still panas n mama kene sentiasa tuam ngan tuala basah.
Pagi2 iman dah merengek..kadang2 taknak duduk..nak dukung aje.. lepas mandi, bagi dia makan biskut...n ubat...tu pon susah nak pujuk dia makan ubat..kene tipu2 tapi skrg dia dah makin cerdik dah..dia tau mama letak ubat dalam susu..dia tak nak minum susu...hahaha..tau aje dia. so mama campur dalam air masak..nasib baik nak minum..nak bagi makan ubat pon macam2 teknik kene ada... sepanjang hari mama sentiasa pastikan iman banyak minum air masak..n alhamdulillah panas badan dia menurun..
huhu...baru mama tau erti sebenar pengorbanan ibu..kalau kita tak merasainya sendiri..kita xkan tau susah payah seorang ibu besarkan anak..hope mama akan sentiasa tabah dalam menghadapi ujian daripadaNya..
Tuesday, April 6, 2010
Bengkel lagi
Kali ni aku dimasukkan ke dalam projek SETARA n bengkel diadakan di Pullman Hotel Putrajaya. Tak ramai yang involved dalam projek ni..n macam biasa, boleh bawak family sekali. hotel ni rasanya baru lagi...so far not bad..bilik pon ok jer...menarik gak.. tapi jadual bengkel sangat padat..so my hubby la yang kene jaga iman hujung mgg ni..pandai2 la dia uruskan si iman safwan yang lasak tu..kui..kui2x
jom layan gambar2 kami sepanjang di sana...dalam sibuk2 pon sempat gak berposing..tu pon sebelum balik umah...huhu
jom layan gambar2 kami sepanjang di sana...dalam sibuk2 pon sempat gak berposing..tu pon sebelum balik umah...huhu
walaupon busy ngan aktiviti bengkel tapi seronok gak la dapat kenal tempat baru...tapi penat la sebab esoknya keje...
Wednesday, March 24, 2010
Jalan-jalan di Bukit Cahaya Sri Alam
Wednesday, March 17, 2010
Aku
Berakhirnya bulan mac ni genapla 5 bulan aku menjadi warga fakulti kejuruteraan...n then bulan depan tamatla kontrak sambilan aku di sini.. aku diberitahu yg aku akan diletakkan dibawah upm holding bermula april ni..maknanya bulan depan..tapi black n white aku belum dapat lagi..alhamdulillah.
sekarang aku tengah sibuk menyiapkan sistem dalam 2 bahasa..terlalu banyak page yang perlu diedit hingga kadang2 aku rasa penat sesangat...kekadang rasa malas sgt nak teruskan semua ni..tapi ini la sumber rezeki aku..skill yang aku ade. hendak atau tidak aku terpaksa bertahan hinggalah aku jumpa kerja yang paling sesuai untuk aku. rasanya seperti aku tidak larat utk terus buat koding ni.
tapi alhamdulillah sepanjang berada di sini banyak yg aku pelajari walaupon terpaksa sendirian..internet adalah sumber ilmu aku yang penting sekarang..banyak membantu dari segi membuat koding...tapi iyelah..sampai bila aku ingin berada di takuk ini..membuat koding sepanjang hayat...uhhh tak mungkin rasanya.
aku teringat satu ayat '
'Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.'
apabila aku membaca ayat di atas aku mula redha ngan ape yang telah ditentukan buatku. mungkin inilah jalan aku atau aku belum lagi dipertemukan jalan yang aku inginkan...sabar..itulah yang penting.. aku akan terus berusaha mendapatkan impian aku.

Monday, March 8, 2010
Iman Safwan One Years Old
Dah genap setahun pon iman n dah macam2 kaletah dia yang ditunjukkan..
- dah boleh berlari walaupon still tak stabil
- sume makanan nak makan dengan sendiri walaupon nasi..last2 nasi ke mana pinggan ke mana...bkn makan pon ..just buat selerak..huhu
- dah tak nak minum air masak guna botol susu..nak guna cawan jer... kalau bagi air dalam botol..jgn harapla nak minum..kalau guna cawan atau gelas, laju jer..
- gigi sudah 6 batang..still suka gigit mama
- start minum susu baru...anmum assential..
- bercakap lom lagi tapi ade la perkembangan skit..cam nak sebut ayah..dah boleh skit2..
Friday, March 5, 2010
Balik pekan
Cuti-cuti Malaysia
Sebenarnya ni sepatutnya entry time CNY ari tu tapi disebabkan kesibukan..tak sempat nak update blog.
destinasi percutian kami adalah cameron highland..2 days 1 night..ini pon last minit punya planning.. planning awal nak iku adik balik kg di klate..n then pastu tetiba hubby dah abis ops so dia ajak g cameron..so far seronok g sana.. jom layan gambar kami di sana..

Subscribe to:
Posts (Atom)
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....