Monday, August 9, 2010

Akhirnya abah pergi jua

Hari ni genap 6 hari abah pergi... terasa tak percaya je.. raya tahun ni dah tak sama cam dulu.. walaupon sekadar bapa mertua namun dia seperti bapa sendiri. xde bezanya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia ditempatkan bersama golongan yang beriman.

hari ni 1st day start keje..banyak keje yang tertangguh tapi mood utk buat keje langsung xde. iman pulak tak sihat..demam panas, selsema n batuk. sedih tgk dia..cam tak larat sangat. pagi tadi pon nak tgglkan pon tak sampai hati..itu lah naluri seorang ibu, takkan sanggup dia melihat anaknya menderita.. kalau la boleh ditukar ganti sakit tu kepada mama.. mama sanggup..daripada melihat iman menderita.

tadi masuk keje, just punch je..terus ke matrade..ambik test F41.. susahnya soalan tapi jawab je la yang mana tau. Lom abih masa dah kuar dah..tak larat nak pikir lama2..kalau ade rezeki ade la..kalau xde nak buat camana...mmg dah tertulis itu bukan rezeki kita namanya. Allah dah tetapkan rezeki masing2..kita usaha..tentu ade ganjaranya..insyaallah

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....