Thursday, December 31, 2009

rollout 10 month years old


banyak gak perkembangan iman sewaktu berumur 10 bulan dapat dilihat..lets check it out
  • iman tumbuh 2 batang gigi lagi, satu bawah n satu atas dan menjadikan 3 batang gigi atas dan 1 je kat bawah.
  • iman dah pandai jalan dan sangat aktif berjalan.
  • iman dah pandai main kete mainan dia - siap berdiri lagi but very danger to him.
  • iman dah pandai merajuk, kalau marah atau tak bagi ape yg dia nak..siap guling lagi.
  • dah mula paham jika mama cakap jangan..dia akan stop n diam

Wednesday, December 30, 2009

3 hari 2 malam di Nilai Spring Resort


tajuk entry cam g bercuti...tapi sebenarnya ade bengkel sistem 3 hari 2 malam kat nilai spring resort hotel. tapi kira ok la sbb dapat bawak family bersama ke sana.. so dapat la bersama keluarga di samping bekerja. hubby agak bising gak first2..iyela..dahla hujung mgg ni dia balik pastu mama lak kene keje n dia kene ngasuh iman..hehe.

ari jumaat petang bertolak ke nilai spring..dalam kul 5, lepas asar kami bertolak..tak la jauh mana pon dari cheras..dalam 45 minit jer.. sampai nilai spring dalam kul 6 ptg.. tak ramai yang dah sampai.. so mama check in dulu pastu ktorang g nilai beli mkn malam utk hubby.

bengkel ni tak sediakan mknan buat family..breakfast je family dapat..yg lain support sdr la.


baru sampai di perkarangan hotel nilai spring

ni la bilik yang mama dapat

iman seronok tul dok kat bilik tu

ayah pon smpt posing gak

ni hiasan sempena krismas

ptg 2nd day ~ nak g jalan2 kat nilai

post kat pintu masuk

singgah di ice room, saje nak try aiskrim dia..nampak cam menarik je tempat ni dari luar

tengah menunggu aiskrim ~ iman lak bangun tdo

aiskrim dah sampai...yumm..yumm..sedapnya

iman pon sibok nak makan aiskrim jugak

ayah order air carrot susu jer

ronda2 ngan kete je sekitar kedai2 di nilai

nak pegi swimming pool

ayah aje yg mandi, mama n iman tukang tgk jer ~ yg ni tempat kanak2 mandi

3rd day ~ nak balik dah

post halaman depan hotel



selamat tinggal nilai spring

so far ok la sepanjang tinggal di nilai spring resort.. makanan ok cuma hotel ni masih baru..so dia punya peralatan cam tak complete sangat..tapi bilik mama so far ok..bilik org lain ade yg aircond tak ok..paip senget la...mcm2 ... hujung minggu ni penuh ngan aktiviti..huhu..pastu esoknya kene start dengan keje yang banyak...huhu.

Tuesday, December 22, 2009

hello hello iman


anak mama sorang dah semakin pandai dah n yang paling tak tahannn..sangat-sangat manja, mungkin ikut perangai mama masa kecik...biasa la tu kan..

semalam lepas borak ngan hubby, iman lak main calling..konon2 je la.. dia letak handphone kat telinga pastu bla..bla..bla sorang.. ape yang dicakap..mmg la tak paham langsung. semalam first time dia buat camtu..mgkn selalu sgt tgk mama dia dok bercakap ngan hset camtu..tu yg dia tiru tu..

iman..iman..seronok layan karenah dia.. kalu main bola lagi seronok dia...siap ketawa mengekek.. sejak dah pandai jalan ni, makin lincah dia..jalan pon tak stabil tapi dah nak berlari..tapi dia memang aktif. mana penah duduk diam..rest dia..time tdo, minum susu n makan je la.

cepat betul masa berlalu, daripada iman dalam perut hinggala iman dah nak boleh berjalan, tak terasa masa berlalu... harap2 mama dapat didik iman yang terbaik..

Akhirnya semalam dapat cakap ngan ayah


tajuk entry cam la dah lama tak dapat cakap ngan ayah..haha

alkisahnya camni.. semuanya gara-gara tak bayar bil maxis hampir 2 bulan, so bila dah tak bayar ..maxis stopla connection. nak tak nak kene la bayar, so mama bayar la ari khamis guna maybank2u. igtkan cepat dia proses..tunggu punya tunggu baru semalam dia proses bayaran kat maxis. punya la lama.. mgkn sbb cuti ..kuang!! kuang!! kuang..

so malam tadi dapatla dengar suara hubby yang dirindui..maklumla mgg ni masuk mgg ke-3 tak jupe hubby. hujung mgg ni baru la dia balik umah..yey

** so moral of the story..bayar la hutang ** :)

Monday, December 14, 2009

Ayah tak balik..cedihnyer


hujung mgg yg membosankan... itulah yg boleh dikatakan bila abg xdapat balik. walhal aku dah start cuti ari jumaat lagi coz besday sultan selangor..tapi nasib baik ade iman..dok melayan telatah dia hilang rasa rindu kat hubby.

mgg ni iman dah pandai bangun dan berjalan sendiri dah..dia pon dah makin seronok sebab dah pandai jalan... tgk dia jalan mama lak yg terlebih excited, kalu ayah ade lagi best.. hmm mgg depan pon ayah tak balik.. kristmas nnt baru dia balik..lama gak tu tak jumpa..

dok umah sepanjang ari, keje mama dok capture gambar iman je la.. saje2 untuk koleksi.. jom lihat aksi si comel mama.

panjat meja tamu ~ ntah bila panjat tak tau...tau2 dah atas meja

belajar berjalan..dia hepi sangat2 sbb dapat jalan

tu la keje yg selalu dia buat..tolak meja

kenapa tah tetiba mengamuk..elok2 main..tiba2 nangis lak..lapar agaknya

bab panjat memanjat bagi la kat dia..letih nak kawal

ni nak jadi pomen lak..org beli kete suh pandu..dia dok pusing tayar

suka bebenor la dia panjat sini - dah angkat turun panjat lagi..

ketawa sakan kalu main bola ~ bolanya dibuang ntah ke mana ntah

Monday, December 7, 2009

Aktiviti hujung minggu kami


Agak lama kami sekeluarga tak pegi tasik permaisuri. kalau dulu, time mengandung pon pegi...petang2..tgk2 org ramai kat sana. So ari sabtu ari tu kami sekeluarga pegila ke sana memandangkan cuaca pon agak baik..iyela sll sgt hujan petang2. mmg ramai orang kat sana..petang tu kami ajar iman jalan..pakaikan dia kasut n bagi dia jalan ngan ayah pimpin sebelah tangan.

~ Iman jalan-jalan ngan ayah ~

~ iman main gelongsor..kena jaga2, takut dia jatuh ~

~nak main panjat2 pulak ~

~ rehat jap...penat dah ~

~ tak larat nak jalan dah, ayah dukung ~

~ mama lak dukung ~

~ post kat jambatan gantung ~

~ kasut jatuh la pulak, pakaikan balik ~

~ hepi sebab dapat drive kete, tak bagi ngamuk ~

Rollout iman 9 month

  • iman dah pandai main tepuk amai-amai
  • dah pandai bye-bye bila mama nak tinggalkan
  • dah pandai sebut 'abah' walaupon itu bukanla panggilan untuk ayah dia..mana dia blaja panggil abah pon tak tau
  • suka dok ngomel2 time main2 sorang2..ape yg dicakap..mmg mama tak paham
  • dah mula tumbuh 2 batang gigi atas
  • suka sangat nak gigit kaki orang, tak dapat kaki mama, kaki ayah pon dia nak gigit gak.
  • pantang tengok ayah bukak laptop, pasti dia dulu yang tercongok depan laptop..abis la laptop tu dia kerjakan

Friday, December 4, 2009

Bila mama bosan


bila ku kebosanan..ni la keje yg aku selalu aku buat...belek2 gambar...edit2 n paste kat sini la..takpun cari laman2 web yang ade design yg menarik...untuk dapatkan idea..


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....