Tuesday, December 22, 2009

hello hello iman


anak mama sorang dah semakin pandai dah n yang paling tak tahannn..sangat-sangat manja, mungkin ikut perangai mama masa kecik...biasa la tu kan..

semalam lepas borak ngan hubby, iman lak main calling..konon2 je la.. dia letak handphone kat telinga pastu bla..bla..bla sorang.. ape yang dicakap..mmg la tak paham langsung. semalam first time dia buat camtu..mgkn selalu sgt tgk mama dia dok bercakap ngan hset camtu..tu yg dia tiru tu..

iman..iman..seronok layan karenah dia.. kalu main bola lagi seronok dia...siap ketawa mengekek.. sejak dah pandai jalan ni, makin lincah dia..jalan pon tak stabil tapi dah nak berlari..tapi dia memang aktif. mana penah duduk diam..rest dia..time tdo, minum susu n makan je la.

cepat betul masa berlalu, daripada iman dalam perut hinggala iman dah nak boleh berjalan, tak terasa masa berlalu... harap2 mama dapat didik iman yang terbaik..

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....