Tuesday, September 1, 2009

Balik Kampung ~ Pekan Pahang


Sempena cuti hari merdeka..dapatla kami sekeluarga balik berpuasa kat pekan pahang..umah mak mertua. Sabtu pagi kami bertolak together with my brother in law - dia tumpang sekali sbb tiket bas dah xde dah..

Sampai sana dalam kul 2 lebih..yang ade kat umah just ma, abah, eti n eg je.. ida x dapat balik..kira ok la tu..ramai la gak.. iman..hmm nangis first time jupe diorang ~ tak kenal tokma n tokabah..tgk muka je nangis..jenuh gak nak pujuk..lama2 baru ok. Dapatla berbuka pose ramai2..seronok skit..iman pon seronok sbb ramai org yang layan dia..

~ umah no. 11 kat taman mentiga jaya, pekan pahang ~

~ serata tempat iman main..penat layan dah ~

1st day tu sempat g mydin jap beli barang2 keperluan umah..2nd day g kuantan..iman tggl ngan tokma di umah.nak bawak risau..skrg musim h1n1..so iman kene la tggl.. sebenar nak g shopping baju raya..hubby sll sibuk jadi time ni aje leh g beli..so sempat la ronda sekitar kuantan ~ kuantan parade, megamall, parkson, kamdar ~ penat..yg belinya skit je..baju2 iman..utk mama n ayah belum ade yg berkenan dihati.

Masa kat megamall ade marhaban anjuran astro..ade la beberapa org budak2 AF buat show..smpt gak snap 2 / 3 keping gambar sambil jalan2 tu

~ 3 org artis AF ..nama?? lupa dah ~

~ Farah AF tengah nyanyi ~

Dah penat ronda ngan hubby...nak balik dah..lgpon dah lewat ptg.. on the way balik ktorang singgah tgk progress pembangunan umah teres yang hubby beli..alhadulillah almost siap..ikut perjanjian end of this year dah siap sepenuhnya..so monthly payment pon start la gak.. umah ni hubby beli katanya utk buat aset..nak sewakan..sekitar kawasan situ kadar sewa umah dalam RM400 to RM350..hmm ok la tu..

~ umah kami yang bakal disewakan - 3 bilik, 2 bilik air ~

Friday, August 28, 2009

Beautiful Baby Search Contest


hmm first time nak try masuk contest kat atas tu... Ntah camana tah leh terjumpa blog ni semasa dok search maklumat ttg bayi.. tetiba rasa nak join tapi disebabkan busy sesgt buat coding..lupa la pulak..dah last minit camni baru teringat..apapon just try my baby luck je la..mana tau ade rezeki iman...

Contest ni dianjurkan oleh MeaMyra ~ http://meamyra.blogspot.com/2009/08/beautiful-baby-search-contest-looking.html ~ , blh tgk info detail dari blog dia.

Checklist untuk masuk contest:
1. jd follower Mommy_Zara ~ settle
2. add banner di atas pada sidebar ~ settle
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah ~ settle
4. nyatakan skali nama baby dan umur baby ~ settle
5. nyatakan bila gambar diambil ~ settle
6. link kn blog Mommy_Zara - tinggalkan comment bila dh siapkan entry ~ settle

~ Picture Entry

Muhammad Iman Safwan Bin Salahuddin
Lahir pada 02 Februari 2009
Semasa gambar diambil iman berumur 2 bulan
Gambar diambil pada 03 April 2009 di rumah kat kampung

***********

me n iman
Gambar ni diambil pada 07 Jun 2009 di Terengganu - Majlis kawin adik
waktu ni iman berumur 4 bulan

********
Sekarang iman berumur 6 Bulan 3 Minggu
Hope ade la rezeki iman

Thursday, August 27, 2009

Iman + tdo


Malam td n pagi ni dok perhati iman tdo..lasak betol dia tdo..kejap guling sana, kejap guling sini n kejap tertiarap, terlentang, tertonggeng.. macam2 gaya ade.. kadang2 dengar dia merengek sambil guling2 n dok sondol bantal..kemudian sambung tdo balik. Dalam buaian pon leh tdo tertiarap..jika dibetulkan pon dia tdo balik camtu..paling tidak pon dia tdo mengiring.. risau gak tgk gaya tdo dia..takut dia lemas ke ape ke..kene pantau selalu..tapi nampak dia cam selesa jer.. cuma kalu tdo atas katil tu risau takut dia jatuh katil jer.. sbb tu tak berani nak tgglkan dia sorang2 atas katil time tdo..kalu tinggalkan pon kene pastikan bantal letak sekeliling dia n kene selalu g jenguk dia tdo.

Tuesday, August 25, 2009

Doa Buat Suami Tercinta


Ya Allah…
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalaYa Allah..
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Exam


Esok abg akan ke melaka untuk mengambil exam kapten ke mejar.. sejak beberapa mgg ni hubby mmg sibuk study...mmg rajin .. tak penah nampak dia study sungguh2 camtu..maklum la ni adalah kali ke 3 dia ambil exam..tapi kali ni satu paper je sbb 2 paper lagi dah lulus dah pada tahun lepas.. harap2 paper undang2 ni lulus la... Semoga Allah permudahkan dia semasa menjawab soalan esok..Aminn

Monday, August 24, 2009

Ramadhan


Alhamdulillah..syukur sgt2 sbb masih berpeluang menikmati bulan ramadhan pada tahun ni.. Tahun ni sambut ramadhan bertiga...igt lagi tahun lepas iman masih dalam perut...kejap je masa berlalu..tgk2 dah ramadhan kembali. Semoga ramadhan tahun ni mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga dan mudah-mudahan rezeki pon bertambah.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. So eloklah kita sama2 banyakkan ibadat...

Monday, August 10, 2009

6 Bulan


~ seronok bermain walker ~

~ berlatih untuk merangkak ~

~ belajar untuk bangun/panjat ~

  • Mula makan bubur nasi - baru try wat bubur untuk dia.
  • Semakin pandai menggunakan baby walker - semua tempat dia pegi..dalam tandas pon masuk - sbb tu pintu bilik air dan tandas kene sentiasa ditutup.
  • Mula belajar memanjat bantal yang digunakan sebagai pagar tempat tdo - skrg kene letak dua lapis bantal supaya dia dah leh nak panjat.
  • Dah pandai angkat dada n mula angkat bontot pula
  • Sesekali berjaya duduk seperti hendak merangkak.
  • dah berjaya duduk merangkak tetapi belum pandai melangkah ke depan
  • start panjat kusyen n rak tv.
  • berat semasa 7.5 kg, dada-42, kepala-42 dan panjang 65
  • kene inject untuk hipertitis B

Sunday, August 2, 2009

5 Bulan


~ yum!!yum..gigit mainan ~

~ santai je atas tilam ~
  • Iman mula makan nestum
  • demam sbb kene inject - 2 ari je - lepas bagi makan ubat ok dah
  • berat semasa 7.1 kg
  • dah pandai meniarap dan bergerak ke depan
  • mula blaja duduk dalam walker - belum pandai guna lagi

Friday, July 31, 2009

Bubur Nasi


Hari ni dok search camana nak buat bubur nasi untuk iman..mgg depan iman genap enam bulan so hujung mgg ni plan nak masakkan dia bubur nasi..setakat ni dia makan nestum jer, x penah buat bubur nasi lagi untuk dia... dok cari punya cari dapat la resepi ni... Hmm nak kene cuba ni..harap iman suka la..

Bubur Nasi Bersama Lobak Merah

Bahan-Bahan
2-3 cawan air
/2 cawan beras
2 batang lobak sederhana
Air dan nasi dimasak sehingga nasi lembik

Cara Menyediakan:
1. Kukus dan kisar sebatang lobak
2. Sebatang lobak merah lagi dikisar dan diambil jusnya
3. Campurkan nasi yang telah dimasak hingga lembik dengan lobak merah yang dikisar
4. Campurkan jus lobak sehingga sebati

Monday, July 27, 2009

Carta Tumbesaran


Perkembangan Tahun Pertama Bayi


Tahun pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke langkah pertamanya.

1 Bulan

• Membawa tangan ke arah mata dan mulut
• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
• Memandang ke muka anda

2 Bulan

• Tersenyum
• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur pada kebanyakan masa
• Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut

3 Bulan

• Menutup dan membuka tangan
• Mencapai objek atau permainan
• Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka

4 Bulan

• Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa
• Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap "Booo" atau "Baaa"
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali

5 Bulan

• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah

6 Bulan

• Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi seperti "ga", "ba" dan "ma"
• Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
• Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.

7 Bulan

• Duduk tanpa sokongan
• Memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri
• Boleh bermain "baaa.. cakkk!!"
• Seronok bermain
• Bertindakbalas terhadap perkataan "tidak"

8 Bulan

• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap
• Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
• Makanan bayi boleh dilenyek.

9 Bulan

• Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil
• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh

10 Bulan

• Merangkak dengan laju
• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti bayi mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah
• Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
• Makanan boleh dicincang halus

11 Bulan

• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham
• Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
• Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki

12 Bulan

• Mula berdiri tanpa sokongan
• Berjalan selangkah dua
• Duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" terhadap orang yang betul
• Minum menggunakan cawan
• Menepuk tangan
• Melambaikan tangan

Maklumat ini adalah panduan umum perkembangan bayi dan mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Sila rujuk pakar kanak-kanak atau jururawat untuk maklumat yang lebih khusus.

Sunday, July 26, 2009

Makan2 Dirumah K'nie


Antara makanan yang disediakan ~ nasi kerabu, satay (xde dalam gambar), puding buah, buah tembikai, air buah kiwi n etc ~ sume sedap ~ biasa la makan free ~ thanks nie

kek coklat khas untuk semua ~ best

tak sempat nak jumpa semua kenkawan pada hari tu, zura x dapat datang ~ tolang akak dia pindah, fatma ~ lambat sbb g camping, k'ma je la dapat jupe.. hope akan ade gathering lagi pasni

Friday, July 24, 2009

Sepupu Iman


Inila sepupu2 iman..semuanya sebaya ngan iman..iman yang paling tua..diikuti aqim, zayyad n last sekali irfan..semua boy...

Aqim ni anak akak yang dok kat johor..aqim anak yang ke-3 akak..skrg akak ade 2 org anak lelaki and seorang pompuan..jarak aqim dengan akaknya jauh..5 tahun..kira bongsu la ni kot..tapi tak tau la kalu akak nak tambah lagi..hehe..

Zayyad pulak anak abg aku yang dok kat shah alam..zayyad anak kedua dia..yg first dulu pon boy gak..dia pon teringin nak girl gak tu..

Irfan anak abg aku yang dok cheras ni je..dekat je ngan umah aku..irfan anak ke-4..dengar2nya tu la yg bongsu sbb maknya dah tak larat dah nak beranak..lagipon dah berumur katanya..risiko pulak..

Iman bakal dapat sepupu pompuan bulan 10 nanti..wakil baby pompuan bagi tahun ni...cian nenek nakkan cucu pompuan..tapi yg kuar sume boy..dalam ramai2 cucu mak hanya 2 org je cucu pompuan..sbb tu la dia nak sgt cucu pompuan..dah ramai sangat boy..riuh rumah ngan suara boy je..sume lasak2 lak tu..ni pon tgg la besar skit lagi...sume bakal meriuhkan rumah kat kg..tapi seronok tgk diorang membesar..cuma tak tahannya..bila nakal sgt..tak larat nak larang dah..selalunya cik(atuk) la yang pening..panjat sana..panjat sini..tapi nak buat camana..dah namanya budak..bukan reti nak berenti..kalu berenti pon kejap je pastu buat balik..hope diorang ni membesar dengan cergas, pintar dan yang penting ingat Allah dan ibu bapa.

Thursday, July 2, 2009

4 Bulan

  • iman dah boleh meniarap dengan laju - bila dibaringkan terus meniarap
  • pandai pegang mainan - sume mainan masuk mulut - sume nak digigitnya
  • sudah pandai pegang botol susu sendiri - botol kecik je la - kalu yg besar still tak berapa nak boleh, mgkn berat - tp kadang2 tu malas gak dia nak pegang.
  • blajar untuk membalikkan diri dan seimbangkan kepala.
  • berat semasa 6.5kg
  • kena demam panas 37.5 celcius..doktor cakap still tahap yang tak membahayakan - just kene pantau n bagi ubat demam
  • demam dah ok tapi ruam penuh badan - g jupe doktor sekali lagi, just nak make sure bkn campak...alhamdulillah bkn campak cuma ruam biasa..,mgkn effect daripada demam panas.

Monday, June 8, 2009

Iman Meragam


Hmm iman meragam masa majlis kat terengganu..asyik nak dukung je..baring..merengek..mgkn dia tak selesa..hari pon panas ari tu..nasib baik ayah n maksu dia ade..leh gilir2 dukung..

Persandingan Na di Terengganu


Sekitar majlis persandingan na di rumah mertuanya..simple je majlisnya..sempat gak la posing.

Rumah Tumpangan


Gambar ni diambil di umah tumpangan pada majlis perkahwinan na di pihak lelaki kat dungun terengganu. Kami semua tumpang umah akak adik ipar aku..xde sape yang dok situ..rehat2 n solat kat situ n sempat gak post depan umah.

Friday, June 5, 2009

Majlis Kahwin Na


~ ready to masjid utk majlis akad nikah ~

~ saat diijabkabulkan ~

~ tetamu2 sedang menjamu selera ~

Sekitar majlis perkahwinan adik aku..na.. ramai gak tetamu yang datang..sekadar buat majlis kesyukuran sahaja.

Tuesday, June 2, 2009

3 Bulan


~ playing with rocker ~

~ cam ngantuk je tu..nak tdo la tu ~
  • iman mula belajar untuk meniarap

Sunday, May 31, 2009

Besday Present n Card



My besday card and present from my lovely husband..hmm tak sangka abg akan bagi present dengan kejutan..mmg betul2 terharu malam tu...mana taknya tetiba je ade present...siap ngan kad lagi. Malam tu aku mmg sibuk giler..basuh kain..masak makan malam...mmg tak sempat nak masuk bilik.. tetiba je hubby cakap ade pewarna ke dakwah merah ape tah kat cadar dalam bilik..aku punya la dok pikir dakwat pen mana lak yang tumpah atas cadar...malas nak g tengok..tapi dalam malas2 pon g gak jenguk kat bilik.. mmg terkejut tgk jam dengan kad besday atas katil..hubby siap wish happy besday...mmg terharu sgt2 malam tu..iyelah dah lama tak dapat kejutan macam tu..diam2 je dia plan sume tu..tak sape yang tau...adik aku pon terkejut dengan surprise dia..apapun abg..thank u very much...sayang abg..u're everything to me..
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....