Friday, July 31, 2009

Bubur Nasi


Hari ni dok search camana nak buat bubur nasi untuk iman..mgg depan iman genap enam bulan so hujung mgg ni plan nak masakkan dia bubur nasi..setakat ni dia makan nestum jer, x penah buat bubur nasi lagi untuk dia... dok cari punya cari dapat la resepi ni... Hmm nak kene cuba ni..harap iman suka la..

Bubur Nasi Bersama Lobak Merah

Bahan-Bahan
2-3 cawan air
/2 cawan beras
2 batang lobak sederhana
Air dan nasi dimasak sehingga nasi lembik

Cara Menyediakan:
1. Kukus dan kisar sebatang lobak
2. Sebatang lobak merah lagi dikisar dan diambil jusnya
3. Campurkan nasi yang telah dimasak hingga lembik dengan lobak merah yang dikisar
4. Campurkan jus lobak sehingga sebati

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....