Tuesday, October 8, 2013

Sesi Kaunseling Di Hospital Pulau Pinang

Assalamualaikum...

First time merasai pergi kaunseling. Sebenarnya kalau ikutkan hubby, katanya tak perlu pon pergi kaunseling ni. Tapi hati ini berdegil jugak, nak juga pergi sebab nak merasai bagaimana dikaunseling.

Kenapa saya kene pergi kaunseling? Panjang ceritanya dan saya tiada kesempatan untuk mencoretkan di sini. Ada kesempatan nanti, saya nak juga coretkan kenangan arwah Muhammad Iman Syauqi, anak ketiga saya. Tiap kali menyebut namanya, hati saya rasa sangat sayu dan saya tahu, saya sangat rindukan arwah.

Sebenarnya sudah 2 bulan berlalu dan sesi kaunseling ini diatur pon ada kaitan dengan arwah. Kehilangan arwah pada ramadhan lepas telah saya terima dengan redha. Semuanya telah ditentukan olehNya. Saya sangat percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan sekarang saya merasai hikmah disebalik kehilangan arwah. Nikmat iman dan perasaan ingin sentiasa dekat padaNya semakin menebal. Alhamdulillah...saya kini sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik dimataNya supaya saya dapat berjumpa dengan anak saya disyurgaNya. Doakan saya...

Oklah, tak mau sedih2 lagi.. sesi kaunseling ini sebenarnya bertujuan untuk melihat tahap emosi pesakit dan penerimaan pesakit terhadap peristiwa keguguran atau kehilangan anak. Ia memang diaturkan oleh pihak hospital. Banyak perkara yang diuji sewaktu sesi kaunseling ini.. antaranya kita diminta share balik tentang perkara yang telah berlaku. Alhamdulillah dapat atasi rasa sedih tu sewaktu bercerita dengan kaunselor. Pastu saya juga ditanya tentang bagaimana saya menghadapi semua ini dan bagaimana saya berhadapan dengan masyarakat dan keluarga yang pastinya akan bertanya macam2.

Sebenarnya sesi kaunseling ini adalah untuk kita meluahkan perasaan kita. Dari situ kaunselor akan buat penilaian. Jika pesakit ada masalah, diorang akan bantu. Contohnya kalau kita rasa stress, dorang bagi cara untuk hilangkan stress tu.

Alhamdulillah, sesi kaunseling pon berjalan dengan lancar dan kaunselor juga berpuas hati dengan keadaan saya, so no need to come again...i'm totally healthy, fizikal dan emosi. Walau apapun, jika kita perlukan bantuan mereka, anytime boleh datang untuk dapatkan nasihat tapi dalam masa 6 bulan pertama shj. Kalau lebih dari 6 bulan, perlukan surat rujukan hokey..

Syukur sangat2 kerana Allah bagi saya kekuatan harungi semua ujian Dia. Semoga saya terus kuat dan semoga ada rezeki lagi buat kami. Syukur juga dengan ujian yang diberi, kerana dengan ujian ini, saya lebih dekat padaNya..niat saya untuk berubah pada bulan ramadhan tu jadi semakin pasti dengan ujian ini.

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....