Friday, February 19, 2010

Miss Blogging


Lamanya tak blogging ni...rindu pulak... agak busy kebelakangan ni n sometimes tu xde idea bila bukak blog n itu la antara sbb dah lama xde new n3. Ni pon disebabkan pening buat koding..tu lah yg bukak blog.. banyak benda yang belum update kat blog ni.. nantila bila agak2 dah free n dah rasa tenang, baru la leh nak blogging ni.

bulan 2 ni banyak tul cuti, n aku sendiri pon dah ambik cuti 3 hari dah dalam bulan 2 ni. Bulan depan confirm gaji aku dapat skit jer. iye la gaji hari..x datang xde la gaji.

sekarang musim kpli..baru je apply tapi gak confius nak pilih subjek ape. xde subjek yang related dengan course yang aku ambik..peluang agak tipis tapi aku tak nak putus asa..mana tau ade rezeki. Ajal maut dan rezeki kan di tangan Allah...mana tau tetiba Allah nak bagi rezeki kat aku..so kita kena la berusaha disamping doa. hope kali ni ade la rezeki buat family aku..Aminn..

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....