Tuesday, February 2, 2010

Hepi Birthday My Dear


Hari ni genapla iman setahun...cepat betul masa berlalu..rasanya baru je iman dilahirkan semalam..
Majlis besday iman tak tau bila boleh buat.. ayah xde sbb masuk operasi.. nak tak nak kene tgg la ayah balik dulu n then baru leh plan ape2 yang patut..cian iman

besday iman ni mama pon lom belikan ape2 lagi..rasanya mama kene siapkan photobook tu secepat mgkn..apapon yg penting iman sihat n membesarkan dengan cergas dan cerdas.

mama sentiasa mendoakan kebahagian buat iman....

Ya Allah, syukur kupanjatkan kepadaMu kerana dipanjangkan umur anakku. Ya Allah..berikan la kebahagian didunia dan diakhirat buat anakku..Iman Safwan. Jadikan la dia seorang anak yang soleh..taat serta beriman kepadaMU. Titipkanla iman dihatinya agar dia sentiasa mengingatiMU. Limpahilah dia dengan rezekiMU..dan berikanla dia kesihatan. jauhilah dia daripada sebarang kecelakaan.

Ya Allah..hanya kepadaMu kumeminta pertolongan dan petunjuk. Engkau Maha Besar lagi Maha Mengetahui....Aminnnn..

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....