Wednesday, January 6, 2010

Tahun baru yang sayu


Khamis, 31 Disember 2009 - malam tahun baru, ayah awalnya cakap tak dapat balik malam ni sebab petangnya tetiba ada meeting walaupun tiket dah beli. Tiket burn gitu saje..mama cakap xpe la n then ayah decide nak balik pagi tahun baru.

Balik keje mama singgah pasar malam kejap n then terus balik ambik iman kat umah pengasuh. Balik umah rest kejap sambil layan iman main, then g dapur utk sediakan makan malam iman. Seperti biasa, iman akan main-main dekat rak pinggan mangkuk dan sepahkan barang2.. mama tak kisah pon sbb dah biasa.

Bubur iman siap masak dah..dalam hati cakap baik letak dalam mangkuk terus untuk sejukkan dulu sebelum suapkan iman, lagipon dah pukul 8 lebih dah..takut lewat pulak bagi dia makan. So mama masukkan bubur dalam mangkuk n terus letakkan atas meja di ruang tamu.

Iman dari tadi asyik ngekor je ke mana mama pegi..mama biarkan saje. Mama ke peti ais untuk ambik buah n bila mama pandang tepi untuk tengok iman...mama rasa nak menjerit tgk iman dah pon capai mangkuk bubur yang panas.. Mangkuk bubur hampir tergolek n sebahagian bubur jatuh ke atas muka iman..mengucap panjang mama tengok iman.. Iman meraung kuat..terus mama angkat iman bawa ke singki n basuh muka dia. Iman masih lagi menangis, mama masih rasa terkejut dan tak percaya.

Ayah hantar mesej cakap akan balik malam tu jugak sebab ade kawan dia yang nak balik KL. Mama bagitau ayah pasal iman..mama betul2 tak tau nak buat ape...rasa blur semacam jer..muka iman merah dan mama sapukan mintak tyt je. Ayah suh mama bawa iman ke klinik.
Mama capai tudung n terus bawa iman ke klinik. Doktor bagi ubat sapu n ubat demam..katanya mungkin tak serius.

Balik umah iman main cam biasa seperti takde ape yang terjadi pada dia. Hati mama sayu tiap kali pandang wajah dia.. Dalam kepala mama terfikir, macam mana jika mukanya berparut..kesiannya anak mama... Akibat daripada kecuaian mama, iman yang terima padah.. Gelak tawa iman malam tu menjadi tangisan buat mama..mama rasa sedih sangat.. kalaulah boleh dipindahkan derita iman tu kepada mama..mama sanggup. Tak sanggup rasanya melihat iman menderita.

Ayah sampai dalam kul 1 pg..iman pon dah tido. Ayah belek2 muka iman yang masih merah dan sedikit melecur dibahagian bibir. Belum nampak effectnya lagi.. Sepanjang malam tido mama tak lena dan agak tertekan. Dalam hati mama berdoa agar iman cepat2 sembuh dan berazam untuk menjaga iman dengan lebih baik lagi tahun baru nanti..dan semoga Allah berikan mama kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang diberikan..

Mama tahu setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya. Mungkin ini adalah peringatan buat mama agar menjaga iman dengan lebih baik dan mungkin juga untuk mengingatkan mama akan tanggungjawab mama terhadapNya. Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa mama dan menjadikan mama seorang isteri dan ibu yang solehah...Aminnn

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....