Friday, January 29, 2010

Iman + Susu pilihan


Tinggal beberapa hari je lagi iman akan melangkah ke alam tahun pertamanya..02.02.2010..genapla iman setahun. n mama sekarang tengah dok survey susu untu iman. mama n ayah plan nak tukar susu iman daripada brand snow kepada brand lain...kenapa??? hmm mungkin dah tiba masanya kot...n mungkin gak nak cut kos..memandangkan susu snow agak mahal...but yang paling penting mama kene cari susu yang paling sesuai utk iman, kandungan serta harga yang berpatutan.

Masa mula2 dulu, mama cadangkan tukar kepada Enfagrow..susu ni mmg mahal..tak tau knp mama minat ngan susu ni. Mama rasa ade betulnya cakap ayah..susu-susu yang ade kat pasaran ni semuanya sama sahaja..cuma yang penting adakah ia sesuai dan serasi ngan anak kita jer.

setelah dua tiga hari dok survey kat kedai n internet- baca forum2, so mama decide nak bagi iman try Anmum Assential. Malam ni nak start bg dia minum susu ni..hope dia kan suka n sesuai untuk dia.


dari segi harga anmum kategori boleh tahan la...harga mampu bagi mama. tadi tgk kaat mydin putrajaya yg kotak 650g - rm 21++ n kat carrefour rm22++, kalu dalam tin 1.8 kg dalam rm50 ke rm 53++. tapi kalau susu ni tak sesuai buat iman, mama kenala tukar kepada susu lain...mgkn dutch lady..sbb penah try n so far xde problem...harga pon murah jer..

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....