Monday, July 27, 2009
Perkembangan Tahun Pertama Bayi
Tahun pertama bayi adalah waktu yang sungguh istimewa, dari senyum pertamanya, perkataan pertamanya, makanan pertamanya, sehinggalah ke langkah pertamanya.
1 Bulan
• Membawa tangan ke arah mata dan mulut• Menggeleng-gelengkan kepala apabila dibaringkan
• Mampu mengikut objek lebih kurang 6 inci dari muka
• Bertindakbalas terhadap ransangan dengan menangis, ketawa dan sebagainya
• Memandang ke muka anda
2 Bulan
• Tersenyum• Menggemari objek yang pelbagai warna dan bentuk
• Tidur pada kebanyakan masa
• Gerakan tangan dan badan yang lebih lembut
3 Bulan
• Menutup dan membuka tangan• Mencapai objek atau permainan
• Mengikut objek dari muka ke arah lain yang lebih jauh
• Mula membuat bunyi seakan bercakap
• Senyum mendengar suara ibubapa
• Khusyuk memandang muka
4 Bulan
• Boleh bermain seorang tanpa perlu ditemani sepanjang masa• Boleh meniru seperti mengikut anda bercakap "Booo" atau "Baaa"
• Suka melihat warna yang terang
• Tidak berasa selesa dengan orang yang tidak dikenali
5 Bulan
• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah
6 Bulan
• Kawalan tangan dan badan yang lebih baik
• Menggolek-golekkan badan pada pelbagai arah
• Mula membuat bunyi seperti "ga", "ba" dan "ma"
• Anda dicadangkan mula membaca buku kepada bayi anda
• Mula makan makanan pelengkap. Kisar atau tapis halus.
7 Bulan
• Duduk tanpa sokongan• Memindahkan objek dari tangan ke tangan
• Kenal nama sendiri
• Boleh bermain "baaa.. cakkk!!"
• Seronok bermain
• Bertindakbalas terhadap perkataan "tidak"
8 Bulan
• Duduk tanpa sokongan dengan lebih tegap• Perkembangan emosi yang ketara, mungkin meniru ibu atau ayah seperti ketawa, senyum
• Ekplorasi objek dengan menggoncang, menjatuhkan, menghentak dan sebagainya
• Makanan bayi boleh dilenyek.
9 Bulan
• Menunjukkan rasa sedih, seperti sedih apabila permainannya diambil• Merangkak
• Cuba untuk berdiri dengan memegang sesuatu atau seseorang
• Menyebut perkataan "mama" atau "baba"
• Cuba untuk mencapai permainan yang jauh
10 Bulan
• Merangkak dengan laju• Jari lebih cekap, boleh memegang objek dengan baik
• Mula belajar memegang cawan
• Personaliti bayi mula kelihatan
• Mula faham perkataan dan ayat mudah
• Boleh mula makan kuning telur, yogurt, tomato
• Makanan boleh dicincang halus
11 Bulan
• Mula banyak bercakap walaupun perkataan yang disebutnya anda tidak faham• Bermain secara parallel dengan bayi lain (bermain berdekatan tetapi bukan bersama-sama)
• Lebih berdikari, mula berdiri, menghentakkan kaki
12 Bulan
• Mula berdiri tanpa sokongan• Berjalan selangkah dua
• Duduk daripada posisi meniarap
• Mula menyebut "mama" atau "baba" terhadap orang yang betul
• Minum menggunakan cawan
• Menepuk tangan
• Melambaikan tangan
Maklumat ini adalah panduan umum perkembangan bayi dan mungkin tidak sesuai untuk bayi anda. Sila rujuk pakar kanak-kanak atau jururawat untuk maklumat yang lebih khusus.
Sunday, July 26, 2009
Makan2 Dirumah K'nie
Antara makanan yang disediakan ~ nasi kerabu, satay (xde dalam gambar), puding buah, buah tembikai, air buah kiwi n etc ~ sume sedap ~ biasa la makan free ~ thanks nietak sempat nak jumpa semua kenkawan pada hari tu, zura x dapat datang ~ tolang akak dia pindah, fatma ~ lambat sbb g camping, k'ma je la dapat jupe.. hope akan ade gathering lagi pasni
Friday, July 24, 2009
Sepupu Iman
Inila sepupu2 iman..semuanya sebaya ngan iman..iman yang paling tua..diikuti aqim, zayyad n last sekali irfan..semua boy...
Aqim ni anak akak yang dok kat johor..aqim anak yang ke-3 akak..skrg akak ade 2 org anak lelaki and seorang pompuan..jarak aqim dengan akaknya jauh..5 tahun..kira bongsu la ni kot..tapi tak tau la kalu akak nak tambah lagi..hehe..
Zayyad pulak anak abg aku yang dok kat shah alam..zayyad anak kedua dia..yg first dulu pon boy gak..dia pon teringin nak girl gak tu..
Irfan anak abg aku yang dok cheras ni je..dekat je ngan umah aku..irfan anak ke-4..dengar2nya tu la yg bongsu sbb maknya dah tak larat dah nak beranak..lagipon dah berumur katanya..risiko pulak..Iman bakal dapat sepupu pompuan bulan 10 nanti..wakil baby pompuan bagi tahun ni...cian nenek nakkan cucu pompuan..tapi yg kuar sume boy..dalam ramai2 cucu mak hanya 2 org je cucu pompuan..sbb tu la dia nak sgt cucu pompuan..dah ramai sangat boy..riuh rumah ngan suara boy je..sume lasak2 lak tu..ni pon tgg la besar skit lagi...sume bakal meriuhkan rumah kat kg..tapi seronok tgk diorang membesar..cuma tak tahannya..bila nakal sgt..tak larat nak larang dah..selalunya cik(atuk) la yang pening..panjat sana..panjat sini..tapi nak buat camana..dah namanya budak..bukan reti nak berenti..kalu berenti pon kejap je pastu buat balik..hope diorang ni membesar dengan cergas, pintar dan yang penting ingat Allah dan ibu bapa.
Thursday, July 2, 2009
4 Bulan
- iman dah boleh meniarap dengan laju - bila dibaringkan terus meniarap
- pandai pegang mainan - sume mainan masuk mulut - sume nak digigitnya
- sudah pandai pegang botol susu sendiri - botol kecik je la - kalu yg besar still tak berapa nak boleh, mgkn berat - tp kadang2 tu malas gak dia nak pegang.
- blajar untuk membalikkan diri dan seimbangkan kepala.
- berat semasa 6.5kg
- kena demam panas 37.5 celcius..doktor cakap still tahap yang tak membahayakan - just kene pantau n bagi ubat demam
- demam dah ok tapi ruam penuh badan - g jupe doktor sekali lagi, just nak make sure bkn campak...alhamdulillah bkn campak cuma ruam biasa..,mgkn effect daripada demam panas.
Monday, June 8, 2009
Iman Meragam
Rumah Tumpangan
Friday, June 5, 2009
Majlis Kahwin Na
Sekitar majlis perkahwinan adik aku..na.. ramai gak tetamu yang datang..sekadar buat majlis kesyukuran sahaja.
Tuesday, June 2, 2009
Sunday, May 31, 2009
Besday Present n Card

My besday card and present from my lovely husband..hmm tak sangka abg akan bagi present dengan kejutan..mmg betul2 terharu malam tu...mana taknya tetiba je ade present...siap ngan kad lagi. Malam tu aku mmg sibuk giler..basuh kain..masak makan malam...mmg tak sempat nak masuk bilik.. tetiba je hubby cakap ade pewarna ke dakwah merah ape tah kat cadar dalam bilik..aku punya la dok pikir dakwat pen mana lak yang tumpah atas cadar...malas nak g tengok..tapi dalam malas2 pon g gak jenguk kat bilik.. mmg terkejut tgk jam dengan kad besday atas katil..hubby siap wish happy besday...mmg terharu sgt2 malam tu..iyelah dah lama tak dapat kejutan macam tu..diam2 je dia plan sume tu..tak sape yang tau...adik aku pon terkejut dengan surprise dia..apapun abg..thank u very much...sayang abg..u're everything to me..Saturday, May 30, 2009
Hepi Besday - 27



Sambutan majlis hari jadiku yang ke-27..makan malam di Restoran Memory di kawasan wangsa maju..saje kami makan kat sana sebab ajak adik aku sekali..ni aje makanan yang sempat diambil gambarnya..punya la tinggi abc tu sampai aiskrim dia jatuh menyembam meja...xde rezeki la tu..



Time makan terpaksala ikut turn...selalunya hubby aku akan jaga iman dulu..dia suh aku makan dulu..ok la tu. Tahun lepas sambut besday berdua je..tahun ni dah bertiga..tahun lepas tak tahu pon masa besday tu dah pregnant..tapi alhamdulillah..syukur sgt2 sbb dipanjangkan umur dapat merasai sume ni..
Wednesday, May 27, 2009
Sunday, May 17, 2009
My Love - Hubby n Iman
Me n Iman
Monday, May 11, 2009
Wednesday, May 6, 2009
Iman, Aqil n Aiman
Saturday, May 2, 2009
Thursday, April 2, 2009
1 Bulan
- rambut iman kene cukur pendek - lebat sgt..suh pakteh tolong potong rambut ala2 tentera
- naik ruam kat muka - mgkn sbb cuaca panas
- dah pandai tersenyum
- keputusan ujian darah iman menunjukkan positif - pada keseluruhannya doktor ckp iman tidak ade sebarang masalah, tiada jangkitan kuman pada hatinya malah dia sihat...alhamdulillah syukur sgt2
Monday, March 2, 2009
1Hari - 30 Hari
~ berumur 3 hari ~
~ nangis..kad wad kanak2 di HKB, prepare nak balik umah ~
~ kene tdo atas cahaya lampu, 1 lampu je sbb kuning dah kurang ~- balik dari hospital KB dah ade sindrom demam kuning
- di bawa ke klinik untuk checkup demam kuning - tahap kuning tinggi - ditahan dan dibawa ke hospital KB semula
- 3 malam di wad kanak - kuning turun skit - dibawa balik umah
- adakan majlis selawat dan akikah untuk iman
- demam kuning naik lagi - bawak ke klinik - ditahan di wad kanak2 hospital machang
- 3 malam di sana - masih kuning - doktor terpaksa ambil darah agak banyak untuk dihantar ke hospital KB bagi memastikan tahap kesihatan iman.
- 15hb dibenarkan pulang tp masih perlu ke klinik utk checkup demam kuning.
Subscribe to:
Posts (Atom)
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....



















