Sunday, October 18, 2009

Anak mama dah pandai duduk

Hari-hari dalam minggu ni amat mengujakan..melihat iman dah pandai duduk dengan sendiri. So mama dah start ajar iman makan sambil duduk dengan tegap..dia pon cam seronok je. Sebelum ni kalu makan, dia merata pegi merayap dengan merangkak tapi dua tiga hari ni..dia duk je time makan...so nice. Hmm... kalu tak nak dah pandai geleng kepala dah..

Mama hepi sangat sebab iman dah pandai dah panggil ma!! ma!! ma!! but sangat manja anak mama ni. Bila dah bosan main2 sorang...datang panjat mama, nak mama layan dia lak... tapi cian anak mama sbb selsema n batuk tak baik2 lagi. Mama doakan iman cepat2 sihat dan kuat.

No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....