Monday, March 12, 2018

Saat Diuji

Assalamualaikum..

Siapalah kita untuk mengaku yang kita telah beriman sedangkan belum lagi diuji. Kecil atau besar ujian yang datang tetap harus kita harungi. Perkara paling penting bila diuji adalah bagaimana kita menghadapinya.

Apabila kita berkata aku REDHA, adakah kita benar-benar redha dengan apa yang menimpa kita atau kita masih meratap kesedihan, kelukaan, keperitan yang dilalui. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Memaafkan dan Melupakan bukan sesuatu yang mudah. Mudah untuk mengungkapkan tetapi untuk melakukan dengan seikhlas hati, ianya amat berat.

Bahagia itu datang dari HATI. Untuk bahagia rawatlah hati.

Semoga ALLAH berikan bahagia buat semua insan yang terluka hatinya dan melembutkan hati untuk memaafkan insan-insan yang melukakan hatinya.

Biarlah masa yang mengubati semuanya, semoga Allah memberikan petunjuk yang Terbaik.

Tuesday, October 8, 2013

Sesi Kaunseling Di Hospital Pulau Pinang

Assalamualaikum...

First time merasai pergi kaunseling. Sebenarnya kalau ikutkan hubby, katanya tak perlu pon pergi kaunseling ni. Tapi hati ini berdegil jugak, nak juga pergi sebab nak merasai bagaimana dikaunseling.

Kenapa saya kene pergi kaunseling? Panjang ceritanya dan saya tiada kesempatan untuk mencoretkan di sini. Ada kesempatan nanti, saya nak juga coretkan kenangan arwah Muhammad Iman Syauqi, anak ketiga saya. Tiap kali menyebut namanya, hati saya rasa sangat sayu dan saya tahu, saya sangat rindukan arwah.

Sebenarnya sudah 2 bulan berlalu dan sesi kaunseling ini diatur pon ada kaitan dengan arwah. Kehilangan arwah pada ramadhan lepas telah saya terima dengan redha. Semuanya telah ditentukan olehNya. Saya sangat percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan sekarang saya merasai hikmah disebalik kehilangan arwah. Nikmat iman dan perasaan ingin sentiasa dekat padaNya semakin menebal. Alhamdulillah...saya kini sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik dimataNya supaya saya dapat berjumpa dengan anak saya disyurgaNya. Doakan saya...

Oklah, tak mau sedih2 lagi.. sesi kaunseling ini sebenarnya bertujuan untuk melihat tahap emosi pesakit dan penerimaan pesakit terhadap peristiwa keguguran atau kehilangan anak. Ia memang diaturkan oleh pihak hospital. Banyak perkara yang diuji sewaktu sesi kaunseling ini.. antaranya kita diminta share balik tentang perkara yang telah berlaku. Alhamdulillah dapat atasi rasa sedih tu sewaktu bercerita dengan kaunselor. Pastu saya juga ditanya tentang bagaimana saya menghadapi semua ini dan bagaimana saya berhadapan dengan masyarakat dan keluarga yang pastinya akan bertanya macam2.

Sebenarnya sesi kaunseling ini adalah untuk kita meluahkan perasaan kita. Dari situ kaunselor akan buat penilaian. Jika pesakit ada masalah, diorang akan bantu. Contohnya kalau kita rasa stress, dorang bagi cara untuk hilangkan stress tu.

Alhamdulillah, sesi kaunseling pon berjalan dengan lancar dan kaunselor juga berpuas hati dengan keadaan saya, so no need to come again...i'm totally healthy, fizikal dan emosi. Walau apapun, jika kita perlukan bantuan mereka, anytime boleh datang untuk dapatkan nasihat tapi dalam masa 6 bulan pertama shj. Kalau lebih dari 6 bulan, perlukan surat rujukan hokey..

Syukur sangat2 kerana Allah bagi saya kekuatan harungi semua ujian Dia. Semoga saya terus kuat dan semoga ada rezeki lagi buat kami. Syukur juga dengan ujian yang diberi, kerana dengan ujian ini, saya lebih dekat padaNya..niat saya untuk berubah pada bulan ramadhan tu jadi semakin pasti dengan ujian ini.

Wednesday, September 18, 2013

Kembali Berblogging Disini

Assalamualaikum...

Setelah hampir 2 tahun blog personal ini tidak diendahkan, tiba-tiba hari ini hati terasa ingin kembali menulis dan mencatat pengalaman peribadi serta keluarga untuk bacaan akan datang. Hubby selalu bagi support dan minta supaya terus menulis di sini, cuma mood untuk menulis tiada dan juga perasaan malas melanda. Disebabkan dah beberapa kali hubby minta menulis tentang aktiviti percutian kami, tak sampai hati pula menghampakan permintaan dia.

Sebenarnya banyak perkara telah berlaku sepanjang 2 tahun ini. Pahit dan manis semua rencah kehidupan telah kami lalui cuma yang berbezanya adalah kali ini kami tinggal bersama. Hampir 2 tahun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa memberikan banyak pengalaman yang berbeza. Kehidupan juga totally berubah dan rutin juga berubah. Memang agak susah nak sesuaikan diri pada awalnya kerana kehidupan saya semuanya kini tertumpu pada suami dan anak-anak.

Tetapi lama kelamaan kehidupan sebagai surirumah menjadi suatu yang menyeronokkan buat saya. Dapat melihat anak-anak membesar depan mata dan melayani karenah mereka saban hari, itulah saat yang paling bermakna dan menggembirakan buat saya. Sewaktu mula-mula menjadi surirumah dulu, saya sering merasakan yang diri saya tiada masa untuk diri sendiri kerana bermacam kerja rumah yang perlu saya siapkan. Saya pula jenis yang tidak suka melihat rumah bersepah dan berselerak, jadi rumah semesti sentiasa kemas dan bersih. Tapi kini, semuanya sudah dapat diatasi kerana saya sudah pandai membahagikan masa dengan baik. Alhamdulillah...

Okey la, sampai sini dulu entry kali ini. Kalau ikutkan memang banyak benda nak cerita tetapi disebabkan dah penat mengubahsuai blog ini untuk nampak baru dan menyeronokkan, maka terpaksalah berehat dulu. Esok-esok boleh berblogging lagi... 
   

Wednesday, December 21, 2011

1st Checkup Sofea di Hospital Pulau Pinang

Salam,

Setelah berpindah ke penang, semalam merupakan 1st checkup jantung sofea di sini. Walaupon result scan jantung sofea di hukm dulu telahpon memberikan berita yang tidak gembira, tetapi mama selalu berdoa dan berharap agar ada keajaiban berlaku terhadap anak perempuan mama ni. Memang susah mama nak terima hakikat yang anak mama mempunyai masalah jantung, lebih2 lagi melihatkan dia sihat dan aktif sahaja. Tapi Allah lebih mengetahui setiap apa jua yang telah ditetapkan dan mama redha dengan ketentuanNya. Tentu ada hikmah disebalik setiap sesuatu yang telah Engkau tetapkan buat keluargaku.

Sofea didiagnosis mempunyai masalah jantung yang dikenali sebagai Secundum ASD. Sedikit info tentang penyakit ini :
Kecacatan septal atrial (ASD) atau lebih dikenali sebagai jantung berlubang merupakan kecacatan jantung sejak lahir di mana dinding yang memisahkan antara kebuk jantung atas (atria) tidak mampu tertutup sepenuhnya.
Sewaktu kitaran janin berlaku, lazimnya terdapat ruang antara atria kanan dan kiri untuk membolehkan darah memintas paru-paru. Ruang ini bagaimanapun akan tertutup dengan sendirinya apabila bayi dilahirkan. - petikan utusan malaysia (17022009)
full petikan ada di link ini
Semalam sekali lagi sofea discan oleh dr. Rusta untuk melihat perkembangan jantung sofea. tak banyak yang berubah, tetapi dr. rusta menyatakan bahawa peratusan untuk lubang di jantung sofea tertutup sendiri dalam 50% kerana melihatkan saiz lubang yang dikatakan kecil @ sederhana sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat2 mendengar berita itu kerana sebelum ni, dr. balkis di hukm menyatakan peluang lubang di jantung sofea tertutup sendiri buat sofea sangat tipis. Tak banyak yang boleh dilakukan buat masa sekarang melainkan pemantauan terhadap sofea dan dr. rusta menetapkan 6 bulan lagi utk temujanji berikut.

Mama sangat berharap sofea cepat2 sembuh. walaupon dia kelihatan aktif dan sihat sahaja, tetapi dalam hati mama sentiasa risau akan keadaan sofea. Semoga sofea panjang umur dan sihat selalu...aminnn

sempat posing sblm bertolak ke hospital

Saturday, December 17, 2011

Nur Ain Sofea


Salam,

lama rasanya blog ni berhabuk begitu sahaja.. sofea dah nak masuk 6 bulan tak lama n mama langsung tak bersempatan menempek gambar sofea n bercerita tentang sofea di blog mama ni.

bukan ape, sometime tu ade je masa nak berblog ni tapi idea pulak tiada..lebih2 lagi sekarang ni dah jadi fully housewife.

dah hampir 2 bulan kami pindah ke penang dan 2 bulan jugalah mama dah jadi fully housewife. belum ada rezeki kerja nampaknya sebab sampai sekarang takde satu pon panggilan untuk interview kerja. apapon seronok dok rumah melayan sofea n iman walaupon sesekali terasa rindu dengan suasana kerja dan kawan2 yang pernah kerja bersama.

sebenarnya entry ni adalah untuk introduce my little girl, nur ain sofea binti salahuddin. terdapat banyak kisah dan cerita selepas kelahiran sofea.. mama bersyukur kerana anak mama masih sihat dan aktif sampai sekarang. semoga Allah melindungi sofea sentiasa dan menjadikan mama seorang ibu yang kuat dan tabah.

beberapa hari lagi sofea akan berumur 6 bulan.. setakat ni sofea sangat aktif meniarap dan berpusing-pusing dan kadang2 tergolek2. sangat manja my little girl ni, even nak g mana2 pon susah sbb asyik nak menempek kat mama dia..langsung xleh nak tinggal dia main sorang2. sometimes tu ade gak abang iman layan dia.. sofea mmg paling seronok bila tgk abang dia main..senang aje abang dia blh buat dia ketawa mengekek.

iman pon nampaknya sangat sayangkan sofea. dia pon dah biasakan diri dgn panggilan abang walaupun kekadang mama masih menggunakan nama iman.. yg bestnya dia sendiri yang betulkan mama supaya panggil nama dia abang iman.

hope sangat dua2 anak mama ni menjadi anak yang soleh dan solehah. semoga Allah melindungi mereka berdua...aminnn



Thursday, June 9, 2011

Photobook from PIXAJOY

Salam,

Akhirnya tercapai jugak cita-cita untuk mengabadikan gambar2 iman sewaktu lahir hingga setahun. Dah lama planning dibuat, tapi baru skrg betul2 ready photobook tu dan pada 7hb ari tu selamat sampai photobook iman. Sangat puas hati dengan photobook ni walaupon kali pertama buat.

Photobook ni didesign menggunakan software Pixajoy, mudah sangat2 n plus idea sendiri, gambar nampak lebih menarik. Terima kasih pixajoy kerana memudah kerja saya dan harga yang ditawarkan adalah paling murah yang pernah saya survey sebelum ni n plus diskaun yang diberikan sempena hari jadi saya-40%. Harga asal rm215(40 pages) menjadi rm129 sahaja + slip case pulak hanya rm48 (harga masa promotion), sangat berbaloi.

Lepas ni boleh la design untuk baby baru lak.. n kalu ade gambar2 cantik sewaktu aktiviti outdoor blh gak diabadikan dalam photobook.

cover depan photobook

antara design yang dibuat

Kalau nak guna 100% template yang disediakan pon boleh..lagi cepat photobook siap. Tapi kalu rajin design la sendiri. Saya lak guna dua2...template dan design sendiri..lagi puas hati... untuk lihat keseluruhan photobook iman boleh klik link di bawah


ok la.. kalu sesiapa yang nak buat photobook boleh la layari laman web dia http://www.pixajoy.com.my Download software dia kat sana.. free je. Mcm saya mintak sdr kat booth pixajoy masa expo mum & baby kat midvalley ari tu..malas nak download..lambat sgt.
Apapon enjoy....


Monday, June 6, 2011

Thank you hubby

Salam,

dah berhabuk rasanya blog ni. lama betul tak post ape2 kat sini. masa awal pregnant dulu rajin gak jenguk blog ni. ni dah tak lama nak bersalin pon, baru terasa nak menulis kat sini.

banyak perkara dah terjadi sepanjang beberapa bulan yang lalu tapi malas nak update kat sini. biarkan la sume tu tetap berlalu.

apa yang nak diceritakan kat sini just about my birthday..ke 29. tahun depan dah menginjak ke angka 3.. rasa tua je.. hubby dah pon masuk ke angka 30 tahun.. bila pikir2 umur 30 tahun with 2 child..kira ok la tu kan..terima kasih Allah sbb masih diberi peluang bernafas di bumi mu ini..syukur sgt2.

post ini khas buat abg...tanda terima kasih atas segala kasih sayang abg selama ini.. tetap tak lupa hari lahir isterinya.. dan yang paling best ade je surprise dari si dia. kalau tahun lepas jam tangan, tahun ni lagi special coz dapat 2 hadiah..

malam sebelum tarikh birthday dah dapat gelang tangan silver..sangat cantik..really appreciate it.. mmg tak terpikir akan dapat hadiah lain lagi tapi pada malam hari lahir abg kejutkan syg dengan hadiah handphone samsung galaxy ace..mmg langsung tak sangka abg akan berikan hadiah begitu...thank u abg... rasa cam bersalah je kat abg, sbb syg tak belikan ape2 pon sewaktu hari lahir abg..just wish je..kesian abg..tapi abg mcm2 belikan untuk syg. belum cukup lagi dengan tu semua.. abg belikan pulak kek aiskrim baskin robin yang maveles..sedap sgt.. banyak betul kejutan yang abg beri.. terima kasih abg..i luv u so much..

semoga Allah tambahkan rezeki buat kita sekeluarga dan bertambah kasih sayang antara kita. semoga abg panjang umur dan menjadi pembimbing kluarga yang soleh.

samsung galaxy ace - tgh blaja2 nak guna function dia

kek aiskrim dari baskin robbin


Tuesday, January 4, 2011

Selamat tahun baru 2011

Salam,

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru.. berbagai peristiwa suka duka telah berlaku di sepanjang tahun lepas. semuanya adalah pengalaman berguna untuk bekalan pada tahun seterusnya. semoga tahun ini lebih bermakna daripada tahun sebelumnya.

Minggu hadapan sekali lagi aku akan dimasukkan ke wad utk operation. tapi sangat2 berharap agar cyst ni telah mengecut dan operation tak perlu dilakukan. kali kedua ke wad membuatkan aku rasa gerun untuk menjalani operation. kalau boleh nak tunggu hingga baby lahir. hope my baby is strong.

Bulan depan pulak genap iman 2 tahun...dah besar anak bujang mama ni.. tapi punya la nakal.. asyik membuli ayah n mama je keje dia. semoga dia menjadi anak yang soleh dan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat.

Thursday, December 2, 2010

Sabar lah hati

Salam,

Di saat menulis n3 ni, perasaan aku penuh dengan rasa sebak dan sedih sangat2. Aku redha dengan setiap ujian Mu Ya Allah tapi kenapa airmata ini tetap jua menitis. Sukarnya nak menenangkan jiwaku di saat ini.

Bila kekenang kembali saat lalu, banyaknya ujianMu padaku. Sehingga aku berasa letih menghadapi semua ini. Tapi perlukah aku berputus asa dan kecewa. Bukankah Engkau janjikan kemanisan di setiap ujian yang Engkau berikan.

Di saat Engkau berikanku kebahagian dengan kehadiran insan baru di dalam rahim, Engkau uji diriku dengan cyst..kemudian kami diuji lagi dengan kes pecah umah.. kemudian aku di uji lagi dengan keracunan makanan dan kini aku di uji lagi dengan iman yang sakit kaki tangan dan mulut.

Entah lah Ya Allah... kuatkah aku utk lalui semua ni... terkadang aku tertanya-tanya apa salahku. Aku hanya manusia biasa Ya Allah, kekadang aku kuat dan kekadang aku menjadi selemah-lemah manusia.

Semoga Engkau sembuhkan penyakit iman..tak sanggup rasanya melihat dia menderita. Andai boleh ditukar ganti segala penderitaan dia kepadaku, aku sanggup.. tapi aku tahu semua ni adalah ujian Engkau buatku.

Semoga hari-hari mendatang akan ada sinar bahagia buat kami sekeluarga..aku benar2 mengharapkannya Ya Allah.


Thursday, November 11, 2010

Muhasabah Diri

Ujian yang tiba membuatkan aku mula muhasabah diri. Mungkin selama ini aku leka akan suruhanNya atau mungkin juga aku perlu tingkatkan lagi keimananku. Sebagai manusia, aku akui memang aku selalu lalai dan ini adalah sebahagian daripada peringatan buatku. Semoga Dia sentiasa memberikanku petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Aminn

just layan lagu ni...very touching


Hijjaz - Debu-debu Dosa


Sabar

Salam,

Mereka yang sabar akan menerima ganjaran pahala yang tidak terbatas dan memudahkannya untuk menjadi ahli syurga. Firman Allah S.W.T:

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)

Sesungguhnya amat besar pahala bagi orang yang bersabar.. dan aku juga mahu diberikan ganjaran tersebut. Memang tak dinafikan hati berat menerima ujian yang datang bertimpa-timpa, mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik kejadian yang menimpa keluargaku.
bak kata pepatah,

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

------------------------------

Kisah yang menimpa,
9/11/2010 - rumah dipecah masuk..tak tau la angkara siapa. Masa balik umah, pintu n grill terbuka. rasa tak sedap hati je, terus call hubby tanya dia. dia bgtau dah kunci sume pintu . terpaksa panggil jiran untuk masuk umah sbb terlalu takut untuk masuk seorg diri.
bilik utama digeledah...cash money n camera hilang. hari tu juga ke balai polis untuk buat report. polis ade datang umah utk ambil gambar n cap jari.

Hubby yg baru smp gemas terpaksa balik kl semula. mmg rasa dah tak selamat nak tinggal kat situ. hubby try mintak kuarters, tak tau la dapat ke tak. malam td pon tdo tak lene, risau jer. harap Allah melindungi ahli keluargaku.

----------------------------

Sesekali bila difikirkan, banyaknya ujian datang pada masa yang sama. Keadaan aku yang begini dan ditambah pulak dengan rumah dirompak, mmg rasa sedih sgt2..dan tak mampu untuk aku luahkan rasa. Dalam hatiku sentiasa igtkan diri yang Allah hanya menguji umatNya yang Dia sayangi..dan Dia tahu tahap kemampuan umatNya. Aku perlu redha dengan setiap ketentuanNya dan yang paling penting aku harus tabah dan terus kuat untuk mengharungi ape jua ujian yang diberikanNya.

Thursday, October 28, 2010

Ujian tiba lagi..tabahkan hatiku Ya Allah

Salam,

Ye..ujian buatku tiba lagi. sesekali menitis airmataku bila mengenangkan semua ni menimpa diriku. tapi aku sebagai umatNya harus redha dengan setiap ape ujian yang diturunkan.

Selasa, 26/10 - aku ke klinik untuk sahkan kehamilan. doktor scan kandungan memandangkan period aku tidak teratur. nampak kantung baby n dalam masa yang sama doktor kesan ade benda lain jugak..agak besar 6 cm. doktor refer ke hukm utuk pemeriksaan lanjut.

Rabu, 27/10 - Setelah semlm buat temujanji, so ari ni aku datang utk buat pemeriksaan. Rutin biasa bagi ibu mengandung, ambik berat, tekanan darah, ujian air kencing. dah buat sume tu tgg turn utuk scan. punya la lama smp rasa nak tertido kat kerusi. dekat 11.30 am br masuk bilik scan. doktor scan atas tapi tak nampak sgt, pastu scan ikut bawah pulak. lama jugak scan. Dok cakap mmg ade ketumbuhan. dia cakap nnt bincang lebih lanjut kat bilik doktor. Kat bilik doktor, doktor buat pemeriksaaan badan. n then dia sahkan yg aku ade ketumbuhan pada ovari kiri. mmg aku rasa down sgt masa tu, takut pon ade. doktor cakap mgkn kene operate nnt tapi dia masih nak pantau dulu, so kene tgg 3 mgg lagi untuk tindakan lanjut. Memandangkan aku pregnant, jika operate kemungkinan utk gugur adalah 30%.

rasa takut n risau sgt2 sekarang ni. hanya satu aku minta supaya Allah bagi aku kekuatan untuk lalui semua ni.

Wednesday, October 20, 2010

Yes I am .. thanks Allah

Salam..

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah di atas kurniaanMu ini. Pagi semalam sekali lagi buat upt test untuk betul2 confirmkan yang aku pregnant walaupon ahli farmasi dah pon terangkan yang aku positive pregnant walaupon test dulu tak berapa terang. Mengikut katanya sekiranya alat upt test menunjukkan 2 line, tidak kira terang atau tidak, result tetap positive. Kali ni confirm 2 line terang..maknanya aku positive pregnant..alhamdulillah


2 line pink menunjukkan +ve preggy

buat masa sekarang aku belum lagi ke klinik untuk sahkan pregnant. mengikut perkiraan sendiri, aku sekarang pregnant hampir 8 mgg dan due date bersalin pada 3 june 2011. Kalau sape2 yang nak kira sendiri tarikh due date bersalin boleh g laman web ni


kat laman web ni ade macam2 info. boleh la buat rujukan.

Thursday, October 14, 2010

Confused

Salam,

hmm..pagi2 lagi ari ni dah confused. Pening gak dok pk sama ada pregnant ke tak?

Alkisahnya semalam ade kuar brown spot, igtkan nak period tapi skit je brown spot tu..xde pulak kuar darah cam period. so search la kat internet pasal brown spot ni n baca gak kat forum2 yang ade topik ni. dan akhirnya aku membuat keputusan untuk buat upt test.

bangun pagi tadi, terus buat upt test. nak kata hepi tak jugak, kecewa pun tak tapi agak keliru coz line yang kuar tak jelas. mmg boleh nampak 2 line yang kuar tapi salah satu line tu tak terang sangat. so nak kata preggy ke tak.

so pagi ni search lagi topik pasal upt test lak n then jumpa thread ni
http://ratuhati.com/index.php?option=com_kunena&Itemid=100004&func=view&catid=41&id=12418&limit=15&limitstart=60

banyak gak info kat situ...tapi bagi menghilangkan kekeliruan dihati ni rasanya aku kene tgg beberapa hari lagi atau minggu n then buat test sekali lagi utk confirmkan.

apapon aku sangat berharap kali ini menjadi.. semoga Allah memperkenankan doaku untuk mengandung lagi. aminnn

Friday, October 8, 2010

am i pregnant?

Salam,

pregnant ke aku? period mmg dah lewat hampir 2 minggu. tapi tak boleh nak jangka juga sbb period aku mmg adakalanya lewat. tapi at least tiap bulan dia datang n better than before kawen dulu.

mmg harapan kami untuk menambah anak pada waktu ni...harap sangat kali menjadi. apapon segalanya ditangan Dia. kita merancang dan Dia juga merancang, sesungguhnya perancangan Dia adalah yang terbaik buat kita.

my friend, ila dah pon disahkan mengandung 6 minggu. i'm hepi for both of them. harap2 aku pon akan menyusul mengikut jejak langkah dia. moga Allah perkenankan doa kami.

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa

Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa

Surah Ai Imran 3:38

i love ikea

Salam,

hmm...i love ikea, itulah gambaran pertama bila kali pertama menjejakkan kaki ke ikea mutiara damansara hujung minggu lepas. setelah beberapa hari dok mencari maklumat tentang ikea dan dengan berpandukan arah jalan dalam google map akhirnya sampai juga kami sekeluarga ke sana.

tujuan ke sana bukan la hendak shopping sgt tapi more on mendapatkan idea utk menghias rumah. sejak dulu lagi mmg plan nak hias bilik untuk iman, tapi sll je xde masa plus rasa cam tak berbaloi lak sbb kami menyewa. tapi bila pk2 balik tak apela..just buat simple2 je.

tapi...mmg tak sia2 ke sana sbb di sana bermacam-macam contoh hiasan dalaman ade. dari bilik tidur, dapur, bilik bacaan dan macam2 lagi. pendek kata mmg akan dapat idea la kalau nak decorate umah. Seronok n teruja betul.. rasa macam nak tukar semua brg2 kat umah dengan barang ikea...hehehe.. as long as ade duit, nak buat ape pon boleh kan...

layan gambar jap

susun atur dibilik

contoh design bilik tidur kanak-kanak

iman sempat main - mama plan nak beli kerusi n meja mammut ni, sgt cantik

almari cam ni pon ok gak

suka storage cam ni, macam2 mainan iman leh letak n mudah nak ambik

Thursday, September 30, 2010

Alangkah indahnya hidup ini

Ya Rasulullah
Artist: Raihan

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

-----------------------------------------
terasa ingin mengalir airmata bila mendengar lagu ni

Friday, September 17, 2010

Amalan Memperolehi Zuriat

Dalam berdoa, kita disuruh menaruh harapan 100% kepada Allah SWT dan yakin bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk mengabulkan doa kita. Mungkin anda dan suami boleh mencuba amalan berikut. Semoga Allah SWT memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda yang dalam penantian mendapatkan zuriat.

AMALAN PERTAMA

1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
  • Baca Bismillah 1x
  • Kemudian selawat ke atas Rasulullah SAW 3x
  • Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101x
  • Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat.")
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3x

2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil.

Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA

1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11x sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333x setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11x, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

AMALAN KETIGA

1. Untuk mendapatkan zuriat: Amalkan zikir "Ya Khaliq", " Ya Bari' " dan "Ya Musawwir" semasa 'bersama'. Baca dalam hati daripada awal hingga akhir.

2. Semasa 'pancutan', niatkan untuk mendapatkan anak. Zikir dan doa ini untuk suami atau isteri atau kedua-duanya amalkan.

AMALAN KEEMPAT

1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam) setiap awal pagi (utk si suami).

2. Buat senaman batin tiap2 kali bgn tidur waktu pagi (utk si suami).

3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid. Insya-Allah jika diamalkan berhasil.

4. Doa Nabi Zakaria.

5. Surah Al-Waqiah selepas subuh.

6. Lepas maghrib amalkan Al-Mulk (kekuasaan Allah SWT).

7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.

DIET PEMAKANAN

1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari.

2. Buah Delima.

3. Buah Zaitun.

4. Buah Kurma.

5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid.

Lepas tu amik seafood, amik supplements, salah satunya Spirulina amik secara tetap kira2 30 tablet setiap hari, makan sayur & buah.

Suami banyakkan makan makanan jenis berasid spt daging, ayam dll.

6. Jangan minum ais dan minum air kelapa.

Sumber:

http://ratuhati.com/index.php/index.php?option=com_content&view=article&id=606-amalan-memperolehi-zuriat&catid=91&Itemid=180&joscclean=1&comment_id=2830

Friday, August 13, 2010

Rangsang Bahasa Si manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk

Salam,

aku akui masaku agak terhad dengan iman dan banyak perkara yang tak sempat aku ajarkan pada dia. bila balik keje, aku penat n hanya melayan dia main sekejap je. cian anakku..hope tips ni dapat membantu aku dalam mengajar iman. tips ni dipetik dari http://www.ratuhati.com. thanks for the info.

Gunakan masa dalam kenderaan

Banyak yang boleh dipelajari kanak-kanak semasa dalam perjalanan. Jangan hanya melabelkan benda seperti “lori”, “kereta”, “bas” sahaja tetapi mestilah dituruti dengan penerangan terhadap objek tersebut “ lori tu besarnya” “Eh! Eh! Bas tu berhenti... Adik, bas berhenti”. Dengan ini kita dapat merangsang lebih banyak bahasa si manja.

Gunakan masa di dapur.

Ketika sibuk memasak, tidak salah kita memberi peluang kepada anak-kita bermain di dapur. Berikan benda dapur yang tidak berbahaya seperti cawan dan pinggan plastik, periuk dsb. Sambil memasak, berkomunikasilah dengan anak anda. Ceritakan apa yang anda hendak masak, apa yang anda sedang lakukan, apa yang si manja anda sedang lakukan.

Gunakan masa di bilik mandi

Waktu mandi adalah waktu yang paling menyeronokkan buat si manja. Anda boleh membantu si manja mengenali anggota badan mereka, mengenali fungsi anggota badan mereka. Anda boleh membantu dengan membuat bunyi-bunyi yang menyeronokkan semasa mandi, bermain dengan buih, memperkenalkan perkataan seperti busuk dan wangi dan lain-lain.

Gunakan masa semasa menyuap si manja

Masa makan tidak seharusnya sekadar menyuap si manja sehingga kenyang. Ceritakan tentang makanan yang kita suapkan. Ceritakan tentang kebaikan makanan tersebut kepada si manja. Jadikan masa makan sesuatu yang menyeronokkan. Ubah cara suapan dengan berlakon seperti kapal terbang membawa makanan lalu terus masuk ke dalam mulut si manja. Komen rasa makanan dengan mimik muka seperti " Mmmmm.. sedapnya bubur ni"

Jika si manja ingin merasa makanan anda, berikan sebab kenapa si manja tidak boleh memakannya. Buat aksi panas, pedas, masam dengan mimik muka yang berlebihan.. Pasti si manja akan seronok dengan waktu makan mereka.

Walau sesibuk manapun kita, luangkan sedikit masa bersama si manja anda.

Mengira waktu subur

Hmm tetiba je topik ni masuk pada bulan ramadhan. Sebenarnya hati terdetik sayu bila melihat rakan2 dan jiran yang sedang mengandung. Aku gembira melihat mereka tetapi dalam masa yang sama aku sering bertanya Bilakah aku akan mengandung lagi? Teringat lagi betapa indahnya saat mengandungkan iman safwan dulu..tak sabar untuk mengulangi saat itu lagi tapi Allah yang menentukan segalanya. Rezeki dan ajal semuanya adalah ketentuan olehNya. Walau apapon aku bersyukur sbb telah dikurniakan seorang cahaya mata, pengubat segala duka dan lara..iman safwan

Aku akui sebenarnya skrg bkn la masa yg tepat untuk tambah anak memandangkan aku dan abg tggl berjauhan.. Mgkn akan lebih membebankan aku. Tapi semua ni langsung tak membuatkan aku risau, walau jauh mana abg berada, aku yakin Allah akan bantu aku harungi hidup ni walaupon susah..sbb itu la aku inginkan anak lagi..anak adalah rezeki yang tidak bernilai..

Tadi sempat berbual ngan k'ma kat laman facebook. dalam dok berbual tu ade la topik ttg pengiraan waktu subur supaya senang nak dapatkan anak. Mmg aku sll jugak buat pengiraan dengan mengagak hari2 subur. so untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas, aku google kat internet untuk mendapatkan ilmu dan terjumpa blog ini yang sangat berguna untuk kita mengira waktu subur kita.

Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya. Contoh kitaran haid 28hari so 28-14, jadi hari subur adalah pada hari ke 14. Semuanya bergantung kepada kitaran haid masing2. agak mudah kiraan bagi kitaran haid yang teratur. apapon semua atas rezeki Allah. Kita hanya berusaha. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih detail ttg pengiraan waktu subur, boleh la baca di laman ini:

http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html?commentPage=2

thanks kepada owner blog kerana memberi maklumat yang sangat berguna.
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....