Wednesday, July 28, 2010

Rindu Blogging

Lama betul tak post latest news kat blog ni.. really busy lately. Macam2 dah berlaku sepanjang bulan ni. yang terbaru abah sakit n dah operate pon semalam. semoga abah cepat sembuh.

umah kami kat kuantan dah pon siap sepenuhnya n dah ade penyewa..alhamdulillah sejak kami letak iklan kat mudah, banyak call yang masuk bertanyakan rumah kami.. tak sampai seminggu kami dah pon dapat penyewa untuk rumah kami tu.

hujung minggu ni hubby suh balik kuantan..coz abah masih kat hospital. kalau ikutkan plan mgg ni nak ke umah na coz dia ade nak buat mkn2.. nampaknya kena la cancel.

bulan puasa dah nak tiba ni, ade 2 ari lagi puasa kene ganti..hope still sempat..last minit keje gitu la.
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....