Wednesday, October 28, 2009

Hasbro Playskool Busy Basics - Step Start Walk 'n Ride



beberapa hari lepas ade tgk iklan kat tv alat permainan ni... tetiba terpikir nak belikan satu buat iman. lgpun cam sesuai jer dengan umur dia skrg n iman pon tgh belajar berjalan. pastu toy ni ade 2 function utk ditolak n ditunggang..molek sgt la tu.

so dua tiga ari ni dok search toy ni..harga?? okla..masih mampu nak beli cuma tak tau kat mana nak beli benda ni.. kat internet mmg leh beli online tapi cam tak best je nak beli online...

igt hujung2 mgg nanti leh la g survey toy ni kat kedai2 alat2 permainan..mana tau ade, xyah la beli online.

Monday, October 19, 2009

Picnic Raya


Hmm..raya ke-4 sempat lagi kami berkumpul di pantai melawi... Pantai melawi mmg our family favorite destination utk berkumpul. Rasanya hampir setiap tahun mmg ade aje idea utk berpicnic ni..lebih2 lagi apabila semua ahli keluarga balik kg. Picnic kali hanya keluarga aku, abe die, abe long n abe yie je yg join. Na n abe ha dah balik umah mak mertua masing..so x dapat la join sama..so far tetap meriah walaupon kali ni xde acara bakar2 ayam coz sume cam mls je nak bakar n sume ade anak kecik..x sesuai asap2 ni.. tapi makanan tetap sedap ngan bihun goreng, kentang, nudget, sandwiches, keropok n buah tembikai.. Seronok tengok anak2 buah mandi..

Sunday, October 18, 2009

Anak mama dah pandai duduk

Hari-hari dalam minggu ni amat mengujakan..melihat iman dah pandai duduk dengan sendiri. So mama dah start ajar iman makan sambil duduk dengan tegap..dia pon cam seronok je. Sebelum ni kalu makan, dia merata pegi merayap dengan merangkak tapi dua tiga hari ni..dia duk je time makan...so nice. Hmm... kalu tak nak dah pandai geleng kepala dah..

Mama hepi sangat sebab iman dah pandai dah panggil ma!! ma!! ma!! but sangat manja anak mama ni. Bila dah bosan main2 sorang...datang panjat mama, nak mama layan dia lak... tapi cian anak mama sbb selsema n batuk tak baik2 lagi. Mama doakan iman cepat2 sihat dan kuat.

Friday, October 2, 2009

Di Hari Raya


Raya tahun ni kami sekeluarga bertemakan hijau...iman ngan ayah sedondong...cuma mama je agak lain skit.. ni la akibatnya sebab beli baju rnaya last minit.. main rembat je depan mata. apapun raya tahun ni lebih bermakna dengan kehadiraan iman safwan. Raya 1st pg kat umah parents mama n ptg baru balik ke salor jupe parents ayah.. diorang sume tak sabar nak tgk iman..iyelah iman antara cucu favorite..ayah kan anak sulung.. so iman cucu sulung abah n ma..

Thursday, October 1, 2009

7 Bulan

  • iman dah pandai merangkak
  • sangat aktif bergerak ke sana ke mari sehingga berpeluh-peluh
  • dah pandai bangun sendiri tapi bergantung pada sofa la
  • dah pandai jalan sendiri ditepi sofa n katil
  • dia cam kurus skit berbanding dulu..mgkn sbb aktif sangat..
  • sakit mata..berjangkit dari cousin dia
  • biasakan dia dengan buah-buahan~especially pisang..dia suka sgt makan
  • sangat suka berguling-guling atas tilam ngan bantal peluk
  • dah pandai nak ikut mama time nak g keje
  • sgt manja hingga tak boleh nak ditinggalkan sorang2...kene teman je dia main
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....