Assalamualaikum...
Setelah hampir 2 tahun blog personal ini tidak diendahkan, tiba-tiba hari ini hati terasa ingin kembali menulis dan mencatat pengalaman peribadi serta keluarga untuk bacaan akan datang. Hubby selalu bagi support dan minta supaya terus menulis di sini, cuma mood untuk menulis tiada dan juga perasaan malas melanda. Disebabkan dah beberapa kali hubby minta menulis tentang aktiviti percutian kami, tak sampai hati pula menghampakan permintaan dia.
Sebenarnya banyak perkara telah berlaku sepanjang 2 tahun ini. Pahit dan manis semua rencah kehidupan telah kami lalui cuma yang berbezanya adalah kali ini kami tinggal bersama. Hampir 2 tahun menjadi suri rumahtangga sepenuh masa memberikan banyak pengalaman yang berbeza. Kehidupan juga totally berubah dan rutin juga berubah. Memang agak susah nak sesuaikan diri pada awalnya kerana kehidupan saya semuanya kini tertumpu pada suami dan anak-anak.
Tetapi lama kelamaan kehidupan sebagai surirumah menjadi suatu yang menyeronokkan buat saya. Dapat melihat anak-anak membesar depan mata dan melayani karenah mereka saban hari, itulah saat yang paling bermakna dan menggembirakan buat saya. Sewaktu mula-mula menjadi surirumah dulu, saya sering merasakan yang diri saya tiada masa untuk diri sendiri kerana bermacam kerja rumah yang perlu saya siapkan. Saya pula jenis yang tidak suka melihat rumah bersepah dan berselerak, jadi rumah semesti sentiasa kemas dan bersih. Tapi kini, semuanya sudah dapat diatasi kerana saya sudah pandai membahagikan masa dengan baik. Alhamdulillah...
Okey la, sampai sini dulu entry kali ini. Kalau ikutkan memang banyak benda nak cerita tetapi disebabkan dah penat mengubahsuai blog ini untuk nampak baru dan menyeronokkan, maka terpaksalah berehat dulu. Esok-esok boleh berblogging lagi...
No comments:
Post a Comment