Friday, August 13, 2010

Rangsang Bahasa Si manja Walaupun Anda Ibu yang Sibuk

Salam,

aku akui masaku agak terhad dengan iman dan banyak perkara yang tak sempat aku ajarkan pada dia. bila balik keje, aku penat n hanya melayan dia main sekejap je. cian anakku..hope tips ni dapat membantu aku dalam mengajar iman. tips ni dipetik dari http://www.ratuhati.com. thanks for the info.

Gunakan masa dalam kenderaan

Banyak yang boleh dipelajari kanak-kanak semasa dalam perjalanan. Jangan hanya melabelkan benda seperti “lori”, “kereta”, “bas” sahaja tetapi mestilah dituruti dengan penerangan terhadap objek tersebut “ lori tu besarnya” “Eh! Eh! Bas tu berhenti... Adik, bas berhenti”. Dengan ini kita dapat merangsang lebih banyak bahasa si manja.

Gunakan masa di dapur.

Ketika sibuk memasak, tidak salah kita memberi peluang kepada anak-kita bermain di dapur. Berikan benda dapur yang tidak berbahaya seperti cawan dan pinggan plastik, periuk dsb. Sambil memasak, berkomunikasilah dengan anak anda. Ceritakan apa yang anda hendak masak, apa yang anda sedang lakukan, apa yang si manja anda sedang lakukan.

Gunakan masa di bilik mandi

Waktu mandi adalah waktu yang paling menyeronokkan buat si manja. Anda boleh membantu si manja mengenali anggota badan mereka, mengenali fungsi anggota badan mereka. Anda boleh membantu dengan membuat bunyi-bunyi yang menyeronokkan semasa mandi, bermain dengan buih, memperkenalkan perkataan seperti busuk dan wangi dan lain-lain.

Gunakan masa semasa menyuap si manja

Masa makan tidak seharusnya sekadar menyuap si manja sehingga kenyang. Ceritakan tentang makanan yang kita suapkan. Ceritakan tentang kebaikan makanan tersebut kepada si manja. Jadikan masa makan sesuatu yang menyeronokkan. Ubah cara suapan dengan berlakon seperti kapal terbang membawa makanan lalu terus masuk ke dalam mulut si manja. Komen rasa makanan dengan mimik muka seperti " Mmmmm.. sedapnya bubur ni"

Jika si manja ingin merasa makanan anda, berikan sebab kenapa si manja tidak boleh memakannya. Buat aksi panas, pedas, masam dengan mimik muka yang berlebihan.. Pasti si manja akan seronok dengan waktu makan mereka.

Walau sesibuk manapun kita, luangkan sedikit masa bersama si manja anda.

Mengira waktu subur

Hmm tetiba je topik ni masuk pada bulan ramadhan. Sebenarnya hati terdetik sayu bila melihat rakan2 dan jiran yang sedang mengandung. Aku gembira melihat mereka tetapi dalam masa yang sama aku sering bertanya Bilakah aku akan mengandung lagi? Teringat lagi betapa indahnya saat mengandungkan iman safwan dulu..tak sabar untuk mengulangi saat itu lagi tapi Allah yang menentukan segalanya. Rezeki dan ajal semuanya adalah ketentuan olehNya. Walau apapon aku bersyukur sbb telah dikurniakan seorang cahaya mata, pengubat segala duka dan lara..iman safwan

Aku akui sebenarnya skrg bkn la masa yg tepat untuk tambah anak memandangkan aku dan abg tggl berjauhan.. Mgkn akan lebih membebankan aku. Tapi semua ni langsung tak membuatkan aku risau, walau jauh mana abg berada, aku yakin Allah akan bantu aku harungi hidup ni walaupon susah..sbb itu la aku inginkan anak lagi..anak adalah rezeki yang tidak bernilai..

Tadi sempat berbual ngan k'ma kat laman facebook. dalam dok berbual tu ade la topik ttg pengiraan waktu subur supaya senang nak dapatkan anak. Mmg aku sll jugak buat pengiraan dengan mengagak hari2 subur. so untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas, aku google kat internet untuk mendapatkan ilmu dan terjumpa blog ini yang sangat berguna untuk kita mengira waktu subur kita.

Waktu subur adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya. Contoh kitaran haid 28hari so 28-14, jadi hari subur adalah pada hari ke 14. Semuanya bergantung kepada kitaran haid masing2. agak mudah kiraan bagi kitaran haid yang teratur. apapon semua atas rezeki Allah. Kita hanya berusaha. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih detail ttg pengiraan waktu subur, boleh la baca di laman ini:

http://drazwan.blogspot.com/2008/01/mengira-waktu-subur-wanita.html?commentPage=2

thanks kepada owner blog kerana memberi maklumat yang sangat berguna.

Thursday, August 12, 2010

1st day ramadhan

1st day puasa bulan ramadhan sangat memenatkan. tak tau kenapa..padahal dah start puasa pada isnin lagi untuk ganti puasa. sepanjang pagi rasa tak larat sangat dengan ditambah lagi dengan selsema + perut pon meragam. tapi alhamdulillah sebaik je lepas solat zohor tghari, terus badan rasa segar n bersemangat nak buat keje.

tak plan nak masak ape2 pon utk berbuka, sume beli kat pasar ramadhan. iyela sorang2 makan ngan iman yang langsung taknak makan. penuh dengan orang kat pasar ramadhan..makanan macam2 ade...dah jadi syurga makanan dah kat sana. sume ade..tggl pilih n bayar je.

disebabkan ayah balik malamnya, so kene la pk nak sahur ngan ape. pikir2 just buat nasi goreng + ayam goreng je. so pepagi lagi bangun goreng nasi je coz ayam goreng dah beli siap2 kat param.

hari ni pulak alhamdulillah sbb tak penat sbb smlm ambik ubat selsema n sahur tadi pon ambik sekali lagi. badan pon rasa sihat je walaupon selsema masih ade..kepala pon tak pening2 cam semalam...alhamdulillah..semoga aku sentiasa sihat dan dapat menjalani ibadat pose dengan baik... aminn

untuk berbuka pada hari ni abg yang akan sediakan..tu la kata hubby aku. so lepas abis keje aku bolehla terus balik umah masak nasi je. ari ni 1st day dapat bersahur dan berbuka dengan hubby..alhamdulillah..


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan muncul lagi

Alhamdulillah...syukurku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan bertemu dengan bulan ramadhan, bulan yang penuh rahmat..terima kasih Ya Allah..

Gembira dengan kedatangan bulan ramadhan tapi hati sedikit sayu..ramadhan tahun ni hanya berdua dengan iman safwan. Nampaknya sahur akan sorang2 saje.. Tahun lepas dayah still bersama, takla terasa sangat bila makan. Tahun ni terpaksa la sorang2 dengan melayan iman safwan.

Bila agaknya kami sekeluarga akan bersatu seperti keluarga lain. Sesekali hati terasa sedih bila mengenangkan keadaan keluarga yang begini tapi dalam hati aku tetap berdoa moga suatu hari nanti kami akan bersatu.

Aku percaya setiap ape yang ditetapkan Allah ada hikmahnya..Allah pasti akan berikan ganjaran buat orang yang bersabar. Setiap kali hati dilanda sedih, aku cuba kuatkan semangat dengan motivate diri sendiri.. jika aku berasa susah..maka ade org yang jauh lebih susah dan sengsara daripada aku. So aku redha dan seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang Dia berikan pada aku. Semoga aku lebih tabah dan kuat untuk harungi hari2 yang mendatang....aminn

Aku hanya seorang wanita Ya Allah
Adakalanya aku merasakan diri kuat
dan adakalanya aku merasa sangat lemah
merasakan tidak kuat untuk harunginya sendiri
berasakan diri tiada tempat untuk mengadu
sehinggakan airmata menitis laju
ku pujuk diri sendiri
ku kuatkan hati
ku yakinkan diri
aku tidak berseorangan
Engkau sentiasa ada bersama
Sesungguhnya Engkaulah tempat aku mengadu


Monday, August 9, 2010

Akhirnya abah pergi jua

Hari ni genap 6 hari abah pergi... terasa tak percaya je.. raya tahun ni dah tak sama cam dulu.. walaupon sekadar bapa mertua namun dia seperti bapa sendiri. xde bezanya..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dia ditempatkan bersama golongan yang beriman.

hari ni 1st day start keje..banyak keje yang tertangguh tapi mood utk buat keje langsung xde. iman pulak tak sihat..demam panas, selsema n batuk. sedih tgk dia..cam tak larat sangat. pagi tadi pon nak tgglkan pon tak sampai hati..itu lah naluri seorang ibu, takkan sanggup dia melihat anaknya menderita.. kalau la boleh ditukar ganti sakit tu kepada mama.. mama sanggup..daripada melihat iman menderita.

tadi masuk keje, just punch je..terus ke matrade..ambik test F41.. susahnya soalan tapi jawab je la yang mana tau. Lom abih masa dah kuar dah..tak larat nak pikir lama2..kalau ade rezeki ade la..kalau xde nak buat camana...mmg dah tertulis itu bukan rezeki kita namanya. Allah dah tetapkan rezeki masing2..kita usaha..tentu ade ganjaranya..insyaallah
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....