Thursday, April 15, 2010

Musim Demam


Selasa, terpaksa aku ambik cuti lagi..iman demam panas..kesian pulak nak tgglkan kat pengasuh.. Malam sebelumnya bawak g klinik, temp 39 C, doktor masukkan ubat kat bontot sbb agak panas badannya..risau terkene kekejangan... Sepanjang malam pulak iman tak boleh tdo..every hour dia mesti bangun n yang pastinya mama pon kene la bangun utk tdokan dia balik...so tired..badan dia pon still panas n mama kene sentiasa tuam ngan tuala basah.

Pagi2 iman dah merengek..kadang2 taknak duduk..nak dukung aje.. lepas mandi, bagi dia makan biskut...n ubat...tu pon susah nak pujuk dia makan ubat..kene tipu2 tapi skrg dia dah makin cerdik dah..dia tau mama letak ubat dalam susu..dia tak nak minum susu...hahaha..tau aje dia. so mama campur dalam air masak..nasib baik nak minum..nak bagi makan ubat pon macam2 teknik kene ada... sepanjang hari mama sentiasa pastikan iman banyak minum air masak..n alhamdulillah panas badan dia menurun..

huhu...baru mama tau erti sebenar pengorbanan ibu..kalau kita tak merasainya sendiri..kita xkan tau susah payah seorang ibu besarkan anak..hope mama akan sentiasa tabah dalam menghadapi ujian daripadaNya..

Tuesday, April 6, 2010

Bengkel lagi


Kali ni aku dimasukkan ke dalam projek SETARA n bengkel diadakan di Pullman Hotel Putrajaya. Tak ramai yang involved dalam projek ni..n macam biasa, boleh bawak family sekali. hotel ni rasanya baru lagi...so far not bad..bilik pon ok jer...menarik gak.. tapi jadual bengkel sangat padat..so my hubby la yang kene jaga iman hujung mgg ni..pandai2 la dia uruskan si iman safwan yang lasak tu..kui..kui2x

jom layan gambar2 kami sepanjang di sana...dalam sibuk2 pon sempat gak berposing..tu pon sebelum balik umah...huhu

our room

pemandangan bangunan di sana, kalau tak silap ade 4 jenis design bangunan mengikut ciri2 tertentu

iman seronok lari sana sini

bab panjat2 tangga lagi la dia suka

pemandangan dari pullman




di beranda bilik hotel




nak balik dah

singgah di jambatan sekejap utk bergambar

walaupon busy ngan aktiviti bengkel tapi seronok gak la dapat kenal tempat baru...tapi penat la sebab esoknya keje...
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....