Thursday, August 12, 2010

1st day ramadhan

1st day puasa bulan ramadhan sangat memenatkan. tak tau kenapa..padahal dah start puasa pada isnin lagi untuk ganti puasa. sepanjang pagi rasa tak larat sangat dengan ditambah lagi dengan selsema + perut pon meragam. tapi alhamdulillah sebaik je lepas solat zohor tghari, terus badan rasa segar n bersemangat nak buat keje.

tak plan nak masak ape2 pon utk berbuka, sume beli kat pasar ramadhan. iyela sorang2 makan ngan iman yang langsung taknak makan. penuh dengan orang kat pasar ramadhan..makanan macam2 ade...dah jadi syurga makanan dah kat sana. sume ade..tggl pilih n bayar je.

disebabkan ayah balik malamnya, so kene la pk nak sahur ngan ape. pikir2 just buat nasi goreng + ayam goreng je. so pepagi lagi bangun goreng nasi je coz ayam goreng dah beli siap2 kat param.

hari ni pulak alhamdulillah sbb tak penat sbb smlm ambik ubat selsema n sahur tadi pon ambik sekali lagi. badan pon rasa sihat je walaupon selsema masih ade..kepala pon tak pening2 cam semalam...alhamdulillah..semoga aku sentiasa sihat dan dapat menjalani ibadat pose dengan baik... aminn

untuk berbuka pada hari ni abg yang akan sediakan..tu la kata hubby aku. so lepas abis keje aku bolehla terus balik umah masak nasi je. ari ni 1st day dapat bersahur dan berbuka dengan hubby..alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....