Friday, August 28, 2009

Beautiful Baby Search Contest


hmm first time nak try masuk contest kat atas tu... Ntah camana tah leh terjumpa blog ni semasa dok search maklumat ttg bayi.. tetiba rasa nak join tapi disebabkan busy sesgt buat coding..lupa la pulak..dah last minit camni baru teringat..apapon just try my baby luck je la..mana tau ade rezeki iman...

Contest ni dianjurkan oleh MeaMyra ~ http://meamyra.blogspot.com/2009/08/beautiful-baby-search-contest-looking.html ~ , blh tgk info detail dari blog dia.

Checklist untuk masuk contest:
1. jd follower Mommy_Zara ~ settle
2. add banner di atas pada sidebar ~ settle
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah ~ settle
4. nyatakan skali nama baby dan umur baby ~ settle
5. nyatakan bila gambar diambil ~ settle
6. link kn blog Mommy_Zara - tinggalkan comment bila dh siapkan entry ~ settle

~ Picture Entry

Muhammad Iman Safwan Bin Salahuddin
Lahir pada 02 Februari 2009
Semasa gambar diambil iman berumur 2 bulan
Gambar diambil pada 03 April 2009 di rumah kat kampung

***********

me n iman
Gambar ni diambil pada 07 Jun 2009 di Terengganu - Majlis kawin adik
waktu ni iman berumur 4 bulan

********
Sekarang iman berumur 6 Bulan 3 Minggu
Hope ade la rezeki iman

Thursday, August 27, 2009

Iman + tdo


Malam td n pagi ni dok perhati iman tdo..lasak betol dia tdo..kejap guling sana, kejap guling sini n kejap tertiarap, terlentang, tertonggeng.. macam2 gaya ade.. kadang2 dengar dia merengek sambil guling2 n dok sondol bantal..kemudian sambung tdo balik. Dalam buaian pon leh tdo tertiarap..jika dibetulkan pon dia tdo balik camtu..paling tidak pon dia tdo mengiring.. risau gak tgk gaya tdo dia..takut dia lemas ke ape ke..kene pantau selalu..tapi nampak dia cam selesa jer.. cuma kalu tdo atas katil tu risau takut dia jatuh katil jer.. sbb tu tak berani nak tgglkan dia sorang2 atas katil time tdo..kalu tinggalkan pon kene pastikan bantal letak sekeliling dia n kene selalu g jenguk dia tdo.

Tuesday, August 25, 2009

Doa Buat Suami Tercinta


Ya Allah…
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalaYa Allah..
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Exam


Esok abg akan ke melaka untuk mengambil exam kapten ke mejar.. sejak beberapa mgg ni hubby mmg sibuk study...mmg rajin .. tak penah nampak dia study sungguh2 camtu..maklum la ni adalah kali ke 3 dia ambil exam..tapi kali ni satu paper je sbb 2 paper lagi dah lulus dah pada tahun lepas.. harap2 paper undang2 ni lulus la... Semoga Allah permudahkan dia semasa menjawab soalan esok..Aminn

Monday, August 24, 2009

Ramadhan


Alhamdulillah..syukur sgt2 sbb masih berpeluang menikmati bulan ramadhan pada tahun ni.. Tahun ni sambut ramadhan bertiga...igt lagi tahun lepas iman masih dalam perut...kejap je masa berlalu..tgk2 dah ramadhan kembali. Semoga ramadhan tahun ni mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga dan mudah-mudahan rezeki pon bertambah.

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. So eloklah kita sama2 banyakkan ibadat...

Monday, August 10, 2009

6 Bulan


~ seronok bermain walker ~

~ berlatih untuk merangkak ~

~ belajar untuk bangun/panjat ~

  • Mula makan bubur nasi - baru try wat bubur untuk dia.
  • Semakin pandai menggunakan baby walker - semua tempat dia pegi..dalam tandas pon masuk - sbb tu pintu bilik air dan tandas kene sentiasa ditutup.
  • Mula belajar memanjat bantal yang digunakan sebagai pagar tempat tdo - skrg kene letak dua lapis bantal supaya dia dah leh nak panjat.
  • Dah pandai angkat dada n mula angkat bontot pula
  • Sesekali berjaya duduk seperti hendak merangkak.
  • dah berjaya duduk merangkak tetapi belum pandai melangkah ke depan
  • start panjat kusyen n rak tv.
  • berat semasa 7.5 kg, dada-42, kepala-42 dan panjang 65
  • kene inject untuk hipertitis B

Sunday, August 2, 2009

5 Bulan


~ yum!!yum..gigit mainan ~

~ santai je atas tilam ~
  • Iman mula makan nestum
  • demam sbb kene inject - 2 ari je - lepas bagi makan ubat ok dah
  • berat semasa 7.1 kg
  • dah pandai meniarap dan bergerak ke depan
  • mula blaja duduk dalam walker - belum pandai guna lagi
"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"....Amin..amin ya Rabbalalamin....